info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Guna 3 bahan, siap satu 'desert'! Mudahnya buat kek matcha tanpa tepung dan gula

Lead Image

BUAT penggemar matcha, menikmati kek berwarna hijau itu sememangnya mampu memberikan kepuasan terutama jika teksturnya lembut dan rasanya tidak terlalu manis.

Lebih menarik, kek matcha kini boleh disediakan dengan cara jauh lebih mudah tanpa menggunakan tepung dan gula tambahan.

Perkongsian seorang wanita dikenali sebagai nuurbelle di Threads mencuri perhatian warga maya apabila dia menunjukkan cara menghasilkan kek matcha ringkas menggunakan hanya tiga bahan utama.

Resipi tersebut turut dilengkapkan dengan 'topping' yogurt matcha, memberikan rasa lemak berkrim sekali gus menjadikan hidangan berkenaan sesuai dinikmati sebagai snek ringan pada bila-bila masa.

Resipi ini tak memerlukan tepung atau gula tambahan.

Bahan-bahan

  • 1 hingga 2 biji pisang matang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk matcha

Topping

  • 1 sudu besar greek/plain yogurt
  • 1/2 sudu teh serbuk matcha

MENARIK DIBACA:Resipi nasi ayam Hainan paling mudah! Sedap tak kalah macam makan dekat kedai

MENARIK DIBACA:'Homemade' ayam pop sama enak macam Pagi Sore, dah tak perlu terbang ke Jakarta

Langkah penyediaan 

  1. Lenyek pisang hingga hancur kemudian masukkan telur dan serbuk matcha. Kacau sebati. Jika ada mesin pengisar, kisar halus bahan-bahan itu.
  2. Tuang adunan dalam bekas atau mangkuk kecil dialas dengan kertas minyak. 
  3. Bakar guna 'air fryer' atau ketuhar pada suhu tinggi antara 180 hingga 200 darjah selsius selama 2 hingga 4 minit sehingga masak (jangan terlalu lama kerana dikhuatiri adunan menjadi keras). 
  4. Sejukkan kek seketika.

Topping 

  1. Campur yogurt dan serbuk matcha. Kacau sebati.
  2. Sapu topping yogurt matcha atas kek tadi dan siap untuk dihidangkan. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Puding pandan lembut berkrim, aroma semerbak... Ramai sangka susah, hakikatnya mudah saja nak buat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Mudah je buat cucur labu lembut di dalam, rangup di luar! Sekali makan susah nak berhenti

Terhangat