info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Puding pandan lembut berkrim, aroma semerbak... Ramai sangka susah, hakikatnya mudah saja nak buat

Lead Image

KITA sering melihat kebanyakan orang suka membuat puding jagung sebagai sajian pencuci mulut berbanding agar-agar jenis lain.

Sebenarnya, puding pandan juga tak kalah enak dan mampu menawan hati tetamu atau ahli keluarga dengan aroma pandan yang harum, tekstur lembut serta rasa lemak manis seimbang.

Lebih menarik, resipi yang dikongsikan pempengaruh masakan, Mr. Ali ini menggunakan susu cair bagi menghasilkan rasa puding yang lebih berkrim.

Gabungan jus pandan segar, susu cair dan agar-agar ternyata menjadikan pencuci mulut ini lebih sedap dinikmati ketika sejuk, sesuai dijadikan hidangan selepas makan atau ketika minum petang.

Gabungan jus pandan segar, susu cair dan agar-agar menghasilkan tekstur lembut berkrim.

Berikut dikongsikan resipinya:

Bahan-bahan

Jus pandan

  • 5 helai daun pandan
  • 1 cawan air

Puding

  • 4 cawan air (1 liter)
  • 10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
  • 1 tin susu cair (380 mililiter)
  • 130 gram gula (boleh ditambah mengikut tahap kemanisan diingini)
  • 1 biji telur gred A
  • Jus pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanila
  • 2 hingga 3 titis pewarna hijau

MENARIK DIBACA: Resipi puding buah naga berkhasiat, sesuai untuk bayi mula belajar makan

MENARIK DIBACA: Puding Oreo resipi Che Nom memang sedap, tambah aiskrim umpan selera anak-anak 

Cara penyediaan

  1. Kisar daun pandan bersama air dan tapis untuk mendapatkan jus pandan.
  2. Masukkan semua bahan puding ke dalam periuk.
  3. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga semua bahan sebati.
  4. Apabila adunan mula mendidih, tutup api.
  5. Terus kacau selama kira-kira lima minit bagi mendapatkan tekstur yang lebih halus.
  6. Tapis adunan ketika menuang ke dalam loyang supaya hasil puding lebih licin.
  7. Biarkan puding pada suhu bilik selama kira-kira 40 minit.
  8. Selepas itu, simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya lima jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Bubur sumsum nikmat makan dengan gula merah, senang sangat cara buatnya!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Guna 3 bahan, siap satu 'desert'! Mudahnya buat kek matcha tanpa tepung dan gula

Terhangat