info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Bubur sumsum nikmat makan dengan gula merah, senang sangat cara buatnya!

Lead Image

BUBUR sumsum merupakan antara pencuci mulut tradisional yang cukup digemari ramai kerana teksturnya yang lembut, berkrim dan rasa lemak santan yang membangkit selera. 

Dipadankan pula dengan kuah gula merah manis beraroma pandan, hidangan ini sememangnya mengimbau nostalgia dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada sebagai pencuci mulut atau minum petang.

Menariknya, bubur sumsum ini sangat mudah disediakan dengan menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur

Jika anda ingin menikmati bubur sumsum yang tidak berketul dan cukup rasa lemak manis, ikuti resipi lengkap yang dikongsikan pempengaruh masakan asal Indonesia, Lisa Aprilia dalam Instagram miliknya, nenglisaindo.

Tekstur bubur sumsum yang halus dan berkrim.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 mangkuk besar tepung beras
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun pandan
  • Air secukupnya

Bahan B

  • Gula merah
  • Air
  • Garam
  • Daun pandan

MENARIK DIBACA: Puding pandan lembut berkrim, aroma semerbak... Ramai sangka susah, hakikatnya mudah saja nak buat

MENARIK DIBACA: Masakan sering dipuji sedap, Farhan teringin buka kedai makan tapi risau tak cukup masa

Langkah penyediaan

  1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan tambahkan air secukupnya lalu gaul sehingga sebati.
  2. Masak adunan tadi dengan menggunakan api sederhana kecil dan gaul sehingga menjadi likat.
  3. Untuk kuahnya pula, campurkan semua bahan B bersama air secukupnya dan masak sehingga gula menjadi larut.
  4. Tuang kuah gula merah di atas bubur yang telah dimasak tadi dan sedia untuk dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Bubur butir nangka enak makan panas atau sejuk! Jangan keliru, beza dengan badak berendam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Puding pandan lembut berkrim, aroma semerbak... Ramai sangka susah, hakikatnya mudah saja nak buat

Terhangat