info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Bubur butir nangka enak makan panas atau sejuk! Jangan keliru, beza dengan badak berendam

Lead Image

SEKALI pandang nampak seakan-akan sajian manisan badak berendam, tetapi sebenarnya ia adalah bubur butir nangka.

Pencuci mulut tradisional ini menggunakan bebola kecil dihasilkan dengan tepung pulut yang dimasak dalam kuah santan berlemak bersama aroma daun pandan dan halba.

Teksturnya yang kenyal dengan kuah manis berlemak memang sesuai dinikmati ketika minum petang atau sebagai pencuci mulut selepas makan.

Jom kuali kongsikan resipinya:-

Perkongsian resipi mencuri perhatian pengguna Threads.

Bahan-bahan

Bahan doh

  • 1 ½ cawan tepung pulut
  • Pewarna hijau secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan kuah

  • ¾ kotak santan
  • ½ cawan air
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan (disimpulkan)
  • 1 sudu kecil halba

MENARIK DIBACA: Resipi mudah, bila buat tak jadi! Rupanya ada teknik masak sagu gula Melaka elok kejadian

MENARIK DIBACA: Mudah sangat buat jeli kelapa muda... Lebih segar, terasa keaslian berbanding beli di kedai

Cara penyediaan

Sediakan doh

  1. Masukkan tepung pulut dan pewarna hijau ke dalam bekas.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Cubit sedikit doh dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.

Rebus bebola doh

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan bebola doh dan rebus sehingga ia terapung di permukaan air, menandakan ia sudah masak.
  3. Angkat dan terus rendamkan dalam air sejuk supaya teksturnya kekal kenyal.

Kuah santan

  1. Masukkan santan, air, garam, daun pandan dan halba ke dalam periuk.
  2. Masak menggunakan api sederhana sambil sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Apabila kuah mula berwap dan beraroma harum, masukkan bebola yang telah direbus.
  4. Masak sehingga kuah mula mendidih perlahan. Tidak perlu tunggu sehingga menggelegak, kemudian tutup api.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

"Antara kek sedap pernah aku buat" - Wanita puji resepi 'burnt cheesecake' Khairul Aming

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Bubur sumsum nikmat makan dengan gula merah, senang sangat cara buatnya!

Terhangat