info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

"Antara kek sedap pernah aku buat" - Wanita puji resepi 'burnt cheesecake' Khairul Aming

Lead Image

SAJIAN kek keju bakar (burnt cheesecake) yang sering dijual pada harga belasan atau puluhan ringgit sepotong boleh dihasilkan sendiri di rumah menggunakan air fryer dan keenakannya dikatakan sama seperti dijual di kedai. 

Resipi kek ini juga pernah dikongsikan oleh pempengaruh masakan, Khairul Aming dan hanya memerlukan beberapa bahan asas, siap dibakar dalam tempoh kira-kira 20 minit.

Seorang individu di Threads dikenali sebagai Ain Natasha tampil berkongsi semula resipi kek ringkas ini yang boleh dibuat tanpa menggunakan oven atau pengadun kek.

Menurut perkongsiannya, kek keju yang dibuat menggunakan resipi ini bertekstur gebu dan tetap moist biarpun selepas disimpan dalam peti sejuk.

"Ni antara kek yang sedap pernah aku buat, best makan sejuk-sejuk sebab kat dalam masih lagi 'moist'" katanya.

Jom cuba buat sendiri pencuci mulut ringkas ini, tetapi memberikan hasil cukup premium untuk dijadikan minum petang bersama orang tersayang!

Kek keju bakar ini mudah untuk dihasilkan hanya menggunakan 'air fryer'.

Bahan-bahan

  • 250g keju krim
  • 1/2 cawan gula
  • 200g krim putar susu
  • 2 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung gandum

MENARIK DIBACA: Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!

MENARIK DIBACA: Wanita 30-an risau wajah mula nampak tua, 'berdesup' netizen kongsi tip pemakanan elak kulit berkedut

Langkah penyediaan

  1. Masuk semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati. 
  2. Kemudian, alas loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan dikisar. 
  3. Bakar adunan dalam air fryer pada suhu 180 darjah selsius kira-kira 20 minit.
  4. Siap untuk dihidangkan. Lebih enak jika disimpan seketika dalam peti sejuk.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Tak menyesal buat puding matcha Oreo viral, setiap suapan penuh nikmat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Bubur butir nangka enak makan panas atau sejuk! Jangan keliru, beza dengan badak berendam

Terhangat