Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!
BAGI yang menyewa rumah bersama rakan-rakan, pasti pernah mengalami atau sudah terbiasa dengan masalah makanan 'hilang' dari peti sejuk.
Perkara ini boleh mencetuskan rasa tidak puas hati lebih-lebih lagi apabila ia berlaku tanpa diketahui siapa pelakunya.
Seorang individu meluahkan kekecewaan di laman Threads selepas mendapati makanan yang disimpan di peti sejuk dipercayai diambil tanpa izin oleh rakan serumah, termasuklah spageti 'buttermilk' yang ‘ghaib’ begitu sahaja.
"Tak faham betul jenis yang suka ambil makanan orang lain ni. Kau tak rasa bersalah ke makan hak orang lain dengan spageti 'buttermilk' aku hilang sekali!" luahnya.
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya pernah melalui pengalaman sama dan berkongsi pendapat mengenai isu tersebut.

Ada yang mengakui pernah berdepan isu sama ketika tinggal di asrama atau rumah sewa, malah menyifatkan tindakan mengambil makanan orang lain sebagai sikap buruk yang dinormalisasikan dalam kalangan sebahagian individu yang menyewa.
Ruangan komen turut dibanjiri dengan pelbagai cadangan netizen untuk mengajar si pelaku supaya 'serik' melakukan perbuatan tersebut.
MENARIK DIBACA: Tak perlu berhenti makan nasi pun untuk kurus, kawal paras gula... Tapi kena ikut 5 tip mudah ini
MENARIK DIBACA: Ada jenis 'manja', sederhana dan pedas berapi! Ini tip pilih cili kering berdasarkan bentuk, warna
"Campur julap (bahan pelawas) dik kat makanan yangg rasa memang akan dicuri. Zaman belajar memang curi makanan tu biasa.
"Mudah saja, letak julap. Dia yang sakit tapi tak boleh 'report'. 'Point' tambahan dapat tahu siapa yang curi.
"Bagi julap. Nanti nampak orang sama asyik pergi berak tu dia la dalangnya hahaha.

"Duduk rumah sewa dulu macam ni la. Saya beli air mineral tu letak nama dah, ada 'alien' pergi minum. Esoknya saya beli baharu dan letak lada hitam dalam tu serta letak notis 'air rukyah'. Elok tiada orang sentuh," antara komen netizen.
Bagaimanapun terdapat netizen yang berpendapat ada kemungkinan makanan tersebut bukan dicuri untuk dimakan sebaliknya dibuang atau dialihkan oleh individu lain yang tidak berpuas hati dengan susun atur peti sejuk.
"Mungkin dia tak makan atau curi tapi buang sebab marah ruang tempat letak makanan dia kena rembat (ambil). Dalam peti ais pun ada main cop (tanda) ruang tau bukan 'parking' je. Saya pernah letak makanan kat peti ais dengan Tupperware kesayangan saya dibuangnya lepas tu ada makanan lain ganti tempat saya simpan makanan tu," komen netizen lain.