info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Pertama kali cuba terus jadi! Wanita berjaya buat jem rambutan, tak sangka sedap

Lead Image

LAMBAKAN buah rambutan sering dianggap masalah bagi sesetengah pemilik pokok kerana jika tidak dimakan buah pasti rosak dan membazir.

Namun wanita ini bijak memanfaatkan lebihan buah ini dengan menjadikannya sesuatu yang lebih menarik hanya menggunakan beberapa bahan.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita dikenali sebagai Aida Dewie Jalil berkongsi idea kreatifnya menghasilkan jem rambutan buat pertama kali.

Menurutnya, lebihan rambutan yang banyak di rumah mendorong dia mencuba resipi tersebut.

Isi rambutan sangat enak dijadikan jem roti.

“Rambutan banyak? Alhamdulillah dah jadi jem hari ini. Siap test makan dengan roti, memang sedap!” kongsinya.

Menurut Aida, proses penyediaan jem rambutan itu sebenarnya tidaklah rumit.

Dia hanya mengisar isi rambutan sebelum dimasak bersama gula, daun pandan dan sedikit sirap ros bagi menambah aroma serta rasa.

MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala

MENARIK DIBACA: Ramai 'terjebak' trend bayam cecah sos ala Sukiya, sekali cuba terus ketagih

Campuran tersebut kemudiannya dikacau menggunakan api kecil sehingga mencapai tekstur pekat seperti jem.

Hasilnya, dia berjaya memperolehi dua balang jem kecil bersaiz 160ml selain satu bekas tambahan untuk dimakan secara harian.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Cara wanita ini ajar cara buat donat 'step by step' dipuji, ramai teruja nak cuba - "Bagusnya bagi resipi detail"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Mudah sangat buat kek blueberi sihat untuk si kecil... Sedap, orang dewasa pun boleh makan

Terhangat