Mudah sangat buat kek blueberi sihat untuk si kecil... Sedap, orang dewasa pun boleh makan
MELIHAT anak kecil mula membesar dan menikmati makanan sendiri sememangnya satu momen yang menggembirakan buat ibu bapa.
Perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Myraa di Threads menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi resipi kek blueberi yogurt yang ringkas, lembut dan sesuai untuk bayi atau kanak-kanak kerana tidak menggunakan garam mahupun gula.
Resipi ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan asas yang sihat dan selamat untuk si kecil.

Bahan-bahan
- 2 biji telur
- Blueberi secukupnya
- 6 sudu besar tepung gandum (unbleached)
- 5 sudu besar Greek yogurt
MENARIK DIBACA: Wanita Mexico masak kuih 'loyang' gergasi, orang Malaysia pakat 'berkampung' dalam 'live'
MENARIK DIBACA: Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak
Cara penyediaan
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian masukkan Greek yogurt. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul sehingga semua bahan bercampur rata menjadi adunan yang lembut.
- Sediakan cawan aluminium foil, kemudian tuangkan adunan ke dalamnya.
- Taburkan blueberi di bahagian atas adunan sebagai topping.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 20 minit. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.