KUALI | Manisan

Cara buat donat lembut, gebu macam kapas... Tak perlu uli doh, tak guna telur

Lead Image

TERBAYANG tak nikmatnya bila dapat makan donat yang lembut, gebu dan ringan macam kapas? Sekali gigit terus rasa cair di mulut.

Jadi, kalau teringin nak makan donat lembut tapi tak nak renyah, resipi ini memang untuk anda! 

Tanpa telur dan tak perlu uli, hanya gaul sahaja dah boleh jadi donat yang lembut dan sedap. 

Sesuai sangat untuk buat makan-makan atau nak mula jualan kecil-kecilan.

Donut lembut tanpa uli dan telur pun boleh selembut kapas.

Bahan-bahan

  • 2 paket yis
  • 4 sudu susu pekat
  • 4 sudu gula pasir
  • 700ml air suam
  • 1kg tepung gandum
  • 4 sudu marjerin
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu kecil serbuk penaik

MENARIK DIBACA: Nikmat dapat minum 'coconut shake' ala Klebang, mudah je nak buat

MENARIK DIBACA: DIY sabun cuci lantai guna 3 bahan dapur... Simpan dalam botol jadikan stok, dah tak perlu beli sabun

Cara penyediaan

  1. Campurkan yis, susu pekat, gula dan air suam kemudian pukul hingga gula larut.
  2. Biarkan selama 15 minit hingga yis aktif.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, marjerin, garam dan serbuk penaik.
  4. Tuangkan campuran yis ke dalam bahan kering.
  5. Gaul hingga sebati (tak perlu uli).
  6. Tutup doh dan biarkan selama 45 minit hingga 1 jam.
  7. Bentukkan doh menjadi donat.
  8. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Mudah sangat buat kek blueberi sihat untuk si kecil... Sedap, orang dewasa pun boleh makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Kek coklat 'sihat' buat guna telur rebus! Tak perlu 'oven', tak guna tepung tekstur tetap lembut

Terhangat