Kek coklat 'sihat' buat guna telur rebus! Tak perlu 'oven', tak guna tepung tekstur tetap lembut
SUDAH jadi kelaziman telur mentah digunakan untuk menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Tapi siapa sangka, telur rebus pun boleh jadi bahan utama untuk membuat kek coklat yang lembut dan menyelerakan.
Resipi kek coklat yang dikongsi oleh seorang atlet profesional luar negara di laman Threads ini dikatakan berhasil.
Tidak menggunakan tepung dan tidak perlu dibakar menjadikannya pilihan mudah untuk sesiapa sahaja termasuk mereka yang baru belajar memasak.
Apa yang lebih menarik, kek coklat ini juga dikatakan tinggi protein dan sesuai untuk anda yang mahukan pencuci mulut lebih ‘ringan’ tetapi tetap memuaskan selera.
Sangat lembut, padat dan kaya dengan rasa coklat!

Bahan-bahan:
- 8 biji telur rebus keras
- 350–400g coklat gelap
- ½ cawan susu
- ⅓ hingga ½ cawan madu
- 2 hingga 3 sudu besar serbuk koko
- Secubit garam halus (fleur de sel)
MENARIK DIBACA: Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!
MENARIK DIBACA: 5 menu bajet pilihan rakyat Malaysia ketika poket kering, kenyang tanpa belanja besar
Cara penyediaan:
- Rebus telur dan potong dua bahagian.
- Cairkan coklat gelap dan campurkan susu, madu ke dalam mesin pengisar.
- Masukkan sedikit garam halus untuk menaikkan rasa coklat kemudian kisar semua bahan sehingga halus dan berkrim.
- Tuang ke dalam loyang yang telah dialas, ratakan permukaan dan simpan dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam.