KUALI | Trending

5 menu bajet pilihan rakyat Malaysia ketika poket kering, kenyang tanpa belanja besar

Lead Image

KENAIKAN harga minyak dunia bukan sahaja membuatkan kos pengangkutan terkesan malah turut memberi impak kepada harga makanan dan barang keperluan.

Sebagai langkah berjimat, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia kini mula mengubah gaya hidup daripada kerap makan di luar kepada memasak sendiri di rumah.

Jika sebelum ini dapur mungkin hanya ‘hidup’ pada hujung minggu, sekarang ini lain pula situasinya apabila hampir setiap hari ia berasap.

Walaupun hanya memasak menu ringkas dan bajet, dalam masa yang sama anda kini sudah menjadi individu bijak mengurus kewangan dan mengamalkan gara hidup berjimat cermat.

Jom Kuali kongsikan 5 menu bajet yang mudah dimasak, siap boleh dijadikan bekal ke tempat kerja!

Menu paling mudah masak dan dapat siapkan dalam 15 minit.

1. Sup ayam

Sup ayam sering dikaitkan dengan ‘healing food’.

Kuahnya yang panas, rasa yang tidak 'berat' sudah mampu untuk mengenyangkan dan memberi kelegaan setelah penat kerja.

Kadang-kadang kita bukanlah lapar sangat, cuma tekak cuma perlukan sesuatu yang mampu menenangkan tubuh dan fikiran.

Boleh juga dimakan dengan nasi putih, bihun dan juga mi, masih boleh kawal bajet dan diet.

Memang tak jemu dibuatnya kalau hari-hari dapat menikmati sambal telur pecah.

2. Telur pecah sambal

Menu klasik ini sememangnya masakan yang tak pernah mengecewakan.

Walaupun murah tapi rasanya tetap sedap lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas.

Mudah nak masak dan tak jemu jika dimakan setiap hari.

MENARIK DIBACA: Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!

MENARIK DIBACA: ibuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu

Mi maggi sangat sinonim dengan menu kegemaran rakyat Malaysia.

3. Mi segera kuah telur mata

Antara makanan paling sinonim dengan situasi poket kering.

Rakyat Malaysia sangat menggemari menu yang satu ini kerana cepat, murah dan mengenyangkan.

Dulu kita biasanya makan mi segera sebab malas tapi sekarang sebab nak berjimat!

Tapi jangan pula makan mi segera setiap hari ya, fikirkan juga kesihatan.

Bubur bukan sahaja enak malah baik untuk kesihatan.

4. Bubur nasi

Menu ringkas, mengenyangkan dan mudah disediakan.

Sesuai apabila hendak makan sesuatu yang membuatkan perut dan tubuh rasa selesa tanpa kos tinggi.

Walaupun nampak biasa tapi ada rasa nostalgia dalam setiap suapan.

Sangat sedap jika ada sedikit protein seperti ayam, daging atau ikan.

Nasi goreng juga sedap jika dibuat sendiri di rumah.

5. Nasi goreng

Menu nasi goreng sangat membantu walau dalam apa jua keadaan kerana boleh dimasak menggunakan apa saja bahan yang ada.

Walaupun ringkas hanya digoreng dengan telur, aroma dan rasanya sudah cukup untuk membangkitkan selera

Harus diingat, kadang-kadang masakan yang paling 'simple' itulah jadi yang paling sedap.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Sing Sing Coffee nafi sijil halal ditarik balik, dakwaan tular tidak benar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Umur 60 tahun masih cun macam anak dara, Sasha Aziz kongsi amalan pemakanan ibu

Terhangat