info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala

Lead Image

TULAR satu perkongsian di Threads apabila seorang pengguna mencadangkan amalan mandi air garam bersama buah limau nipis sebagai cara untuk 'menolak' unsur negatif dan menaikkan aura diri.

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang bersetuju, melihat aspek kesihatan dan kesegaran tubuh, namun tidak kurang juga yang mengingatkan masyarakat supaya tidak percayakan amalan sebegitu.

"Rendam semalaman limau purut dalam air, esok pagi buka je pintu bilik air fuh semerbak! Aura positif betul," tulisnya di Threads.

Susulan perkongsiannya itu, ramai tampil mengakui mengamalkan kaedah sama yang dipercayai dapat mengelakkan perkara negatif daripada berlaku kepada diri mereka, juga untuk tujuan kesihatan serta kesegaran tubuh.

Mandian air garam adalah ikhtiar yang dibenarkan dalam Islam.

"Di Kuantan, orang tua memang selalu sarankan mandi limau, banyak khasiat. Badan rasa ringan, bau badan hilang, kulit pun lebih mulus dan segar. Selebihnya tuan badan kena berdoa sebelum berendam macam kita mandi sunat pagi Jumaat atau hari raya begitu.

"Saya percaya setiap benda yang Allah cipta ada khasiat dan bantu kita jalani kehidupan seharian tapi kena betulkan 'mindset'. Mandi garam ke mandi bunga ke kena betulkan niat.

"Dalam konsep rawatan Islam ada mandian garam dan limau ni sis. Tujuannya memang untuk aura negatif/mahkluk yang kita tak nampak dan mandian garam adalah ikhtiar perubatan yang dibolehkan dalam Islam," antara komen warganet.

MENARIK DIBACA: Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'

MENARIK DIBACA: Sambal belacan udang bakar, dijamin tak cukup sepinggan nasi

Dalam pada itu terdapat sebahagian netizen yang tampil memberi peringatan terhadap amalan itu yang dibimbangi boleh membawa kepada syirik.

"Anggap je mandian ni untuk khasiat pada kulit. Jangan cakap untuk elakkan benda tak bagus sebab boleh jatuh syirik. Nauzubillah... Allah je yang Maha Berkuasa, penentu baik buruk kita.  

"Perbuatan khurafat boleh membawa kepada syirik. Percaya mandi air isian garam limau, air bunga untuk tolak bala adalah khurafat yang rosakkan akidah dan membawa kepada syirik. Allah je tempat kita meminta untuk kebaikan masa depan. 

"Sebenarnya apa yang sis ni cakap betul tapi tak cukup tepat. Sebenarnya mandian garam aura bunga ni semua sekadar asbab/wadah/alat sahaja untuk proses penyembuhan diri dari aura negatif, niat utamanya kena diletakkan kepada Allah," antara komen netizen.

Antara komen netizen di laman Threads.

Dalam pada itu, ulama dan pendakwah terkenal di Indonesia Syekh Ali Jaber, menyatakan bahawa dalam Islam, mandian air garam boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk membantu melancarkan rezeki yang sempit, mempermudahkan jodoh serta menghindari gangguan jin.

Turut dijelaskan bahawa air garam boleh diminum malah boleh digunakan untuk mandian dan dijadikan bahan membersihkan atau mengelap lantai.

Menurutnya, garam mengandungi unsur tenaga positif manakala jin dan syaitan mempunyai tenaga negatif. 

Justeru, apabila pembersihan dibuat menggunakan air yang dicampur garam ia dikatakan dapat membantu menghalang gangguan tersebut, lebih-lebih lagi jika disertai dengan bacaan ayat-ayat suci seperti ayat Kursi.

Berikut cara penggunaan air garam betul yang dikongsikan oleh Syekh Ali Jaber:

  1. Sediakan air dan campurkan dengan garam.
  2. Bacakan surah al-Fatihah sebanyak 7 kali pada air tersebut.
  3. Bacakan 5 ayat pertama surah al-Baqarah sebanyak 1 kali.
  4. Bacakan ayat Kursi sebanyak 7 kali.
  5. Bacakan 3 ayat terakhir surah al-Baqarah sebanyak 1 kali.
  6. Bacakan surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
  7. Bacakan surah al-Falaq sebanyak 3 kali.
  8. Bacakan surah an-Nas sebanyak 3 kali.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

[V] Dari kejadian tak disengajakan 30 tahun lalu, kafe ini jual kopi termahal di dunia RM2,475 secawan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pengasuh tolak jaga si kecil tak makan lauk kampung, si ibu 'demand' masak 'western' setiap hari

Terhangat