info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pengasuh tolak jaga si kecil tak makan lauk kampung, si ibu 'demand' masak 'western' setiap hari

Lead Image

MENJADI pengasuh tugasnya bukan sekadar menjaga keselamatan dan keselesaan si kecil, malah pemakanannya juga perlu diberi perhatian.

Memandangkan anak-anak berada seharian di bawah jagaan, rutin seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang biasanya diuruskan oleh pengasuh.

Ada ibu bapa yang memilih untuk menyediakan sendiri bekalan makanan anak, namun tidak kurang juga pengasuh yang menyediakan menu harian untuk anak jagaan mereka.

Bagi pengasuh, cabaran sebenar dalam perkara ini bukan sekadar memastikan si kecil makan makanan berkhasiat, tetapi juga perlu melayan kerenah serta memenuhi selera dan cita rasa mereka.

Perkongsian pengasuh tersebut mencuri perhatian ramai.

Seorang pengasuh yang dikenali sebagai Ummi berkongsi pengalaman berdepan permintaan seorang ibu yang mahu menghantar anaknya untuk dijaga.

Menurut Ummi, wanita tersebut meminta agar anaknya hanya disediakan makanan berkonsepkan barat kerana anaknya tidak makan makanan Melayu.

Bagaimanapun, Ummi terpaksa menolak permintaan tersebut secara baik kerana dia lebih mahir menyediakan masakan tradisional Melayu dan lauk kampung.

“Ada parent survey nak hantar anak tapi anak dia makan makanan western je.

MENARIK DIBACA:[V] Erysha Emyra tak pandai masak sajian Melayu, lebih suka hidangan barat dan Jepun

MENARIK DIBACA:Cinta Chef Ismail terhadap masakan Melayu tiada tandingan, kongsi rahsia Restoran Rebung bertahan 20 tahun

“Ummi cakap dekat dia, maaf sebab kat rumah Ummi ramai penggemar lauk-pauk kampung,” katanya.

Apa yang mengejutkan, selepas mendengar penjelasan itu, wanita berkenaan didakwa terus menyekat nombor telefon Ummi tanpa sebarang alasan.

“Dia terus block Ummi sebab tak dapat ikut cita rasa dia. Risau juga ye,” ujarnya lagi.

Bersama kapsyen tersebut, pengasuh itu turut memuat naik gambar masakannya yang cukup menyelerakan seperti masak lemak, sup gearbox, ayam masak kicap dan sambal kentang.

Netizen bereseloroh turut mahu dijaga oleh pengasuh tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memuji air tangan pengasuh tersebut dan menyifatkan lauk kampung jauh lebih menyelerakan berbanding menu 'western'.

Tidak kurang juga yang berseloroh bertanyakan sama ada pengasuh itu turut menerima 'anak-anak dewasa' untuk dijaga.

“Salam kak, tumpang tanya… berapa harga sebulan kalau nak hantar 'baby' 3 bulan, 27 tahun ya?

“Kalau anak asuhan umur 6 bulan, 30 tahun diterima tak?

“Anak umur 8 tahun boleh? Tapi lauk tu bagi dekat mak dia,” antara komen netizen yang menghiburkan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Mengejutkan, pendapat 'roti canai Melayu lagi sedap dari mamak' tiada bantahan! - "Tak nak fight, awak menang"

Terhangat