KUALI | Trending

Cinta Chef Ismail terhadap masakan Melayu tiada tandingan, kongsi rahsia Restoran Rebung bertahan 20 tahun

Lead Image

MASAKAN tradisional Melayu bukan sekadar hidangan tetapi cerminan warisan, kasih sayang dan nostalgia yang diwarisi turun-temurun.

Namun begitu masih ramai generasi muda masih belum mampu meniru rasa asli resipi ini sehingga ada di antaranya dilupakan.

Bagi tokoh kulinari warisan dan pemilik Restoran Rebung, Chef Datuk Ismail Ahmad, 64, ketepatan sukatan bahan menjadi rahsia utama mengekalkan rasa autentik dalam masakan Melayu.

Jelas Ismail, sikap ‘bercatu’ dalam penggunaan bahan ketika memasak boleh menjejaskan keseimbangan rasa dan aroma.

Makan sambil imbau kenangan, masakan lengkap dengan bahan membuka selera.

"Penggunaan bahan utama seperti bawang, cili atau rempah ratus boleh menghasilkan rasa autentik, membina rasa seimbang dan autentik.

“Memasak bukan sekadar campak-campak bahan, tapi perlu ketepatan sukatan supaya  rasa dapat bersatu. 

“Kurang atau lebih bahan asas masakan boleh buat makanan hilang tekstur dan tarikan,” katanya ketika ditemui Kuali.

Faktor tarikan Restoran Rebung

Berpegang kepada prinsip itu juga, restorannya tidak lokek menggunakan bahan berkualiti sejak ia mula beroperasi sejak 30 tahun lalu – dan itu daya tarikan utama menarik pelanggan dari pelbagai negeri.

MENARIK DIBACA: ‘Mola-mola’ hanya buat video masak, sekarang Kakcik Yah sibuk reviu makanan... Ada sanggup datang rumah hantar produk! 

MENARIK DIBACA: Punyalah halus...” - Aiskrim Malaysia macam pensil cetus perdebatan, ramai pula terkenang jajan era 90-an

Menu tradisional yang kaya dengan khasiat, penggunaan bahan semula jadi dan teknik seperti fermentasi menjadi bukti bahawa masakan lama masih relevan dan sihat.

“Restoran Rebung adalah destinasi menghimpunkan pengalaman buat pengunjung tidak kira peringkat usia dan latar belakang.

“Rahsianya adalah sikap pemurah dalam penggunaan rempah, santan, bawang dan segala yang membentuk rasa autentik masakan Melayu. 

“Di sinilah rasa warisan disajikan dengan sepenuh hati seperti air tangan ibu, penuh kasih dan ikhlas,” ujarnya.

Lauk pauk penuh warna dan rasa.

Masakan tradisional lebih jimat

Ismail berkata, masyarakat bertuah kerana resipi masakan tradisional Melayu tidak menggunakan bahan yang kompleks selain mudah dibeli.

Malah katanya, kos masakan tradisional Melayu juga tidak mahal malah dengan RM20 seseorang boleh menyediakan hidangan lengkap buat seisi keluarga.

“Ikan, udang, sayur-sayuran dan rempah ratus bukan saja segar tapi mudah untuk dibeli. 

“Dengan bajet serendah RM20, boleh masak menu tradisional menyelerakan bahkan lengkap untuk satu keluarga.

Memasak bukan sekadar campak-campak bahan, tapi perlu ketepatan sukatan supaya  rasa dapat bersatu. 

DATUK ISMAIL AHMAD

Cef dan pemilik Restoran Rebung Chef Ismail

“Ikan, udang, sayur-sayuran dan rempah ratus bukan saja segar tapi mudah untuk dibeli. 

“Dengan bajet serendah RM20, boleh masak menu tradisional menyelerakan bahkan lengkap untuk satu keluarga.

“Beli tiga ekor ikan selar bersaiz sederhana, sayur petola buat masak bening, tumbuk cili dan belacan, jadilah hidangan lengkap,” katanya. 

Chef Ismail mula mengenali dapur dan resipi tradisional sejak kecil dan menjadikan neneknya guru masakan. 

Restoran Rebung Chef Ismail, tiada kompromi soal rasa dan kualiti.

“Beli tiga ekor ikan selar bersaiz sederhana, sayur petola buat masak bening, tumbuk cili dan belacan, jadilah hidangan lengkap,” katanya.

Sajian lokal kaya khasiat

Bagi beliau, keunikan sajian lokal juga terletak pada khasiat ditawarkan dalam bahan-bahan masakan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan. 

Menyangkal dakwaan segelintir pihak menyatakan makanan tradisional punca obesiti, katanya berat badan bertambah bukan kerana makanan tapi pemakanan individu. 

“Santan mengandungi lemak sihat yang mudah jadi tenaga. Minyak kelapa sawit pula ada vitamin E, antioksidan baik untuk badan.

Warisan masakan Melayu perlu diteruskan buat santapan generasi akan datang.

“Tumbuhan dan sayur-sayuran yang dimakan sebagai ulam bantu cegah pelbagai penyakit malah mengurangkan masalah pencernaan. 

“Belum lagi tapai dan tempoyak, dua makanan fermentasi enak dinikmati malah tinggi khasiat probiotik dapat membantu bantu sistem pencernaan serta imun badan,” jelasnya.

Didik generasi akan datang

Cef itu bukan sekadar hebat memasak, tetapi mempunyai jiwa besar memupuk kecintaan generasi muda tentang keistimewaan hidangan tradisional. 

Lebih dari itu, Ismail aktif mendidik generasi muda agar memahami, menghargai dan meneruskan khazanah kulinari ini — kerana menjaga warisan masakan Melayu adalah satu amanah dan tanggungjawab bersama.

Tokoh kulinari tradisional asli ini menghidang pengalaman dalam perjalanan memasak.

Tidak kisah akan penggunaan dapur konvensional sebagai pengganti dapur kayu kerana kesesuaian gaya hidup kini, katanya keaslian selera warisan tidak sepatutnya dilenyapkan. 

“Kehidupan hari ini semuanya pantas dan mudah. Rutin ibu moden sibuk kerja lebih mudah beli makanan di luar berbanding masak sendiri. 

“Lama kelamaan risau anak-anak tak kenal lagi rasa hidangan tradisional dan masakan rumah.

“Sekarang pun anak-anak muda tak kenal bahan mentah, jadi boleh bayang kemungkinan berlaku,” katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kopek durian sampai hancur, mata netizen terganggu lihat pemuda sado tak berbaju

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tak lagi mengejar views, content YouTube bukan lagi keutamaan Che Nom... Mahu fokus buat perkara lebih bermakna

Terhangat