Kubis goreng memang buat ketagih, tapi awas boleh jadi penyebab kanser usus
HIDANGAN asal Indonesia iaitu ayam gepuk semakin menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia.
Keenakan juadah ringkas itu memang memikat sehingga ada yang tidak pernah jemu menikmati makanan tersebut setiap hari.
Kepedasan sambal memang membuatkan air mata meleleh tapi masih ramai tidak serik dan ketagih dengannya.
Ditambah pula dengan ayam goreng garing berserta timun, tauhu dan tempe goreng membuatkan juadah itu cukup enak.

Hendak pula ia disajikan dengan kubis goreng yang cukup membangkit selera apabila ia dicicah bersama sambal.
Bunyinya memang macam nikmat dunia, tapi hidangan ini boleh meningkatkan risiko kesihatan yang serius.
Ini kerana setiap suapan datang dengan risiko tersembunyi seperti penggunaan minyak goreng berulang kali.
Kalau makan dua kali seminggu, mungkin kesannya belum kelihatan tetapi lama-kelamaan ia akan memberi kesan negatif kepada badan.
MENARIK DIBACA: [V] ‘Port’ daging salai masak lemak dan asam pedas sedap di Ipoh, set RM52 cukup berbaloi kongsi 3 orang
MENARIK DIBACA: [V] Gabungan dua dalam satu, letupan rasa matchamisu buat ramai mula ketagih
Seperti dikongsi oleh seorang pelajar tahun akhir bidang perubatan di TikTok, sayur kubis yang digoreng boleh menjadi risiko kanser jika tidak bernasib baik.
Jelasnya menerusi akaun TikTok @DrAimannnnnbal, kubis goreng memang enak tetapi hakikat ia dimasak menggunakan api yang kuat dan minyak telah digunakan berulang kali boleh menghasilkan acrylamide.
Kongsinya, acrylamide adalah bahan berpotensi karsinogenik yang boleh meningkatkan risiko kanser usus besar.
"Kesannya boleh memberikan masalah pembuangan najis yang tidak teratur seperti sembelit, diikuti dengan cirit-birit dan kadangkala berdarah pada permulaan.
"Berjaga-jagalah dalam pemakanan. Bukan tidak boleh makan ayam gepuk tapi jangan terlalu kerap.
"Kubis sebenarnya selamat dimakan tetapi jika dimasak sampai hangit ia tidak baik untuk usus dan badan.
"Sebaiknya, perbanyakkan pengambilan sayur dan serat bagi mengurangkan risiko kanser usus besar," kongsinya.