Kopek durian sampai hancur, mata netizen terganggu lihat pemuda sado tak berbaju
MEMILIKI bentuk tubuh maskulin dan kekar ternyata bukan jaminan untuk seseorang lelaki mampu untuk mengupas buah durian dengan sempurna.
Walaupun nampak mudah, ramai yang gagal, malah ada sehingga hancur kulit durian 'dikerjakan'.
Situasi serupa terjadi pada seorang pemuda apabila gelagatnya mengupas 'raja buah' itu telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @narintangon, kelihatan lelaki itu yang juga pempengaruh tampan asal Thailand memperlihatkan aksinya mengupas durian di sebuah gerai menjual buah-buahan.

Selain perhatian tertumpu pada wajahnya yang tampan serta bentuk tubuhnya yang berotot, namun aksinya berusaha mengupas buah durian lebih menarik perhatian netizen.
Dalam video tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Narin itu terlihat dengan yakin mengupas sebiji buah durian dengan menggunakan sebilah pisau.
Walaupun awalnya dia telah diberi tunjuk ajar oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik gerai, namun hasil buah durian yang dikupas itu boleh membuatkan sesiapa sahaja geleng kepala.
Mana tidaknya, cara Narin mengupas durian dengan cara membelah kulitnya telah menyebabkan isinya juga terbelah dua. Layaknya seperti sedang membelah buah tembikai!
MENARIK DIBACA: Tak lagi mengejar views, content YouTube bukan lagi keutamaan Che Nom... Mahu fokus buat perkara lebih bermakna
MENARIK DIBACA: Kafe ‘muslim friendly’ berdekatan LRT dan MRT... Pelbagai pilihan menu, harganya pula mesra poket
Sambil menunjukkan hasilnya, Narin hanya mampu ketawa kerana sedar kesalahan yang telah dia lakukan.
Meskipun hasilnya kelihatan melucukan, namun Narin berjaya juga menyelesaikan tugas tersebut dan dapat menikmati hasil kerja kerasnya itu.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berasa terhibur melihat aksinya mengupas durian.
Malah, tidak kurang juga pengikutnya berasa tertekan melihat aksi dan hasil durian yang dikupas itu.