KUALI | Trending

Kafe ‘muslim friendly’ berdekatan LRT dan MRT... Pelbagai pilihan menu, harganya pula mesra poket

Lead Image

DALAM kesibukan rutin kerja dan urusan harian, kadangkala kita hanya mahukan sesuatu yang mudah dan cepat untuk dinikmati.

Ramai dalam kalangan anda mungkin mencari tempat untuk melepaskan lelah bekerja atau berkunjung ke kafe yang mudah diakses terutama melalui pengangkutan awam seperti LRT dan MRT selepas pulang bekerja.

Stesen-stesen ini bukan sahaja memudahkan pergerakan, malah sering menjadi tumpuan ramai untuk singgah seketika sebelum meneruskan aktiviti harian.

Di sekitar kawasan tersebut, pelbagai kafe menarik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan menawarkan ruang santai serta pelbagai pilihan makanan dan minuman yang memikat.

Kini semakin banyak kafe estetik dibuka berhampiran stesen LRT.

Kafe-kafe berdekatan stesen LRT misalnya bukan sahaja menyediakan minuman dan makanan menarik, malah suasana 'cozy' sangat sesuai untuk lepak bersama rakan, membuat kerja atau sekadar bersantai sambil menikmati vibe sekitar bandar.

Pun begitu, ada mungkin bimbang mengenai status halal kafe-kafe ini terutama bagi pelanggan muslim sebelum membuat keputusan untuk berkunjung.

Sesetengah kafe di kawasan ini mungkin tidak menawarkan konsep 'muslim-friendly' sepenuhnya menyebabkan ada yang berfikir dua kali sebelum datang.

Jangan risau, jika anda mencari kafe berdekatan stesen LRT atau MRT yang menyediakan hidangan halal, senarai kafe muslim-friendly ini adalah pilihan yang wajib dicuba!

MENARIK DIBACA: Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

MENARIK DIBACA: Garam dan asam jawa bukan sahaja hilangkan bau hanyir, buat ikan atau daging tahan lebih lama

Suasana kafe yang nyaman dan estetik dengan dekorasi hijau segar sesuai untuk dijadikan tempat melepak atau lokasi kerja di luar pejabat. - Pandan Café & Dining

1. Pandan Café & Dining (MRT TTDI)

Terletak strategik berhampiran stesen MRT TTDI, kafe ini mudah diakses sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Lokasinya di tengah kawasan bandar menjadikan ia pilihan popular untuk bersantai selepas bekerja atau berkumpul bersama rakan dan keluarga.

Apa yang menarik, kafe ini terkenal dengan menu fusion unik berasaskan pandan seperti pandan nasi lemak harum dan pandan latte yang berkrim menyegarkan.

Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan tempatan seperti mee goreng, roti canai dan lauk pauk Melayu tradisional serta pilihan western seperti pasta, burger dan sandwich dengan sentuhan moden.

Suasana kafe yang nyaman dan estetik dengan dekorasi hijau segar sesuai untuk dijadikan tempat melepak atau lokasi kerja di luar pejabat.

Jangan lupa cuba pencuci mulut istimewa mereka seperti kek pandan, ais krim pandan dan teh tarik pandan yang sangat menggoda.

Harga: RM20–40

Hidangan lempeng kelapa bersama flat coffee merupakan kombinasi sempurna untuk sarapan pagi. - Kopi dan Studio

2. Kopi dan Studio (MRT TTDI)

Kafe ini terkenal dengan pilihan kopi istimewa yang dibuat dengan teliti, menghasilkan rasa asli dan aroma kopi yang kuat serta seimbang.

Suasana kafe yang minimalis, selesa dan santai sesuai untuk brunch atau dijadikan 'port' melepak dengan tenang pada hujung minggu.

Anda boleh menikmati nasi kukus ayam rempah yang sangat digemari pelanggan, lengkap bersama sambal dan ulam segar.

Untuk peminat kopi, flat white atau espresso antara yang paling mendapat tarikan dan pujian dari pelanggan . Jangan lupa juga mencuba lempeng kelapa sebagai pencuci mulut atau snek petang.

Harga: RM20-RM40

Espresso double shot ialah pilihan sempurna jika anda berkunjung ke kafe ini. - The Optimist Coffee

3. The Optimist Coffee (LRT Ampang Park)

Terletak strategik bersebelahan stesen LRT Ampang Park, kafe ini sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan minuman kopi berkualiti dengan cepat tanpa perlu keluar jauh dari laluan harian.

Lokasinya yang mudah diakses menjadikan kafe ini pilihan utama untuk pekerja, pelajar dan pengunjung LRT yang mahu mengisi tenaga sambil menikmati kopi enak secara grab & go.

Walaupun The Optimist Coffee belum mempunyai sijil halal rasmi, menu yang ditawarkan terutamanya kopi dan sandwich disediakan menggunakan bahan halal.

Pilihan sandwich yang simple dan enak sesuai untuk para pengunjung yang mahu makanan mudah tapi berkualiti dan mengenyangkan.

Dengan dekorasi ringkas dan bersih, kafe ini menampilkan suasana modern dan efisien mengutamakan kelancaran servis dan menberikan kualiti minuman yang memuaskan.

Jika anda dalam perjalanan dan memerlukan suntikan hangat kopi, espresso double shot atau iced latte pilihan tepat.

Harga: RM8-RM15

Kafe ini terkenal kerana menyajikan pelbagai jenis hidangan spaghetti yang lazat. - The Humble Chef

4. The Humble Chef (LRT Sri Petaling)

Terletak di kawasan Sri Petaling yang mudah diakses melalui LRT Sri Petaling, The Humble Chef menjadi destinasi popular bagi pencinta makanan Barat dengan sentuhan fusion moden.

The Humble Chef adalah restoran yang diiktiraf halal memberikan jaminan kepada semua pelanggan.

Kafe ini terkenal dengan menu steak juicy yang dimasak sempurna, pasta dengan sos unik serta pilihan makanan laut dan ayam disediakan dengan rempah ratus dan teknik masakan yang sempurna.

Saiz hidangan yang besar dan memuaskan menjadikan ia sesuai untuk mereka yang ingin makan dengan puas tanpa terlalu mengenyangkan.

Cadangan menu popular adalah sirloin steak dengan sos lada hitam, spaghetti aglio olio seafood dan pencuci mulut molten chocolate lava cake yang sedap meleleh di mulut.

Harga: RM25–50

Burger Pokok menjadi pilihan ramai disebabkan keenakan burger buatan sendiri bersama patti lembu dan ayam tebal serta juicy. - Pokok.KL

5. Pokok.KL (LRT Lalaport)

Pokok.KL diiktiraf sebagai muslim-friendly halal kafe, di mana semua makanan dan minuman disediakan menggunakan bahan halal serta bebas alkohol.

Kafe ini membawa konsep 'best of both worlds' iaitu gabungan citarasa Malaysia dan Barat dalam suasana moden.

Antara tarikan menunya adalah nasi lemak ketam lembut yang menggabungkan rasa nasi lemak klasik bersama ketam goreng rangup yang padu.

Bukan itu sahaja, Burger Pokok menjadi pilihan ramai disebabkan keenakan burger buatan sendiri bersama patti lembu dan ayam tebal serta juicy.

Roti canai di sini juga tidak kurang hebat dengan sentuhan moden membuatkan rasanya rangup di luar, lembut di dalam dihidang dengan pelbagai sos pilihan.

Menu pasta, salad dan rice bowl sesuai untuk vegetarian atau anda yang mahukan makanan lebih sihat.

Pokok.KL terkenal dengan kopi sedap dan menarik seperti Iced Coffee Pokok, matcha latte serta kombucha tempatan malah ada juga pilihan jus segar dan minuman tanpa kafein untuk semua golongan.

Bagi anda yang gemar berfoto, kafe ini memang fotogenik dan lokasi sempurna untuk mengambil gambar-gambar cantik sambil menikmati secawan kopi!

Cawangannya terletak di Lalaport BBCC (berdekatan MRT/LRT Hang Tuah) dan Mahsa Avenue (berhampiran LRT Universiti) membolehkan ia mudah diakses dari pusat bandar di Kuala Lumpur.

Harga: RM 20–40

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Spritzer tampil beri penjelasan, pengguna dakwa air bau macam petai dan rasa aneh

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tiada reaksi sebab tak sedap, wanita nak muntah makan nasi lemak campur aiskrim vanilla

Terhangat