KUALI | Trending

Tiada reaksi sebab tak sedap, wanita nak muntah makan nasi lemak campur aiskrim vanilla

Lead Image

NASI lemak, hidangan tradisional kaya dengan aroma santan, sambal pedas, ikan bilis rangup dan telur rebus kini tampil dengan kelainan yang luar biasa. 

Ditambah aiskrim vanila sejuk, manis dan berlemak sebagai topping menjadi dua hidangan ikonik mengejutkan cita rasa asli lokal. 

Percubaan berani tular di media sosial apabila pembuat kandungan dikenali sebagai Diyah Zahari, memuat naik video dirinya mencuba trend nasi lemak aiskrim.

Wanita ini mengakui terasa ingin muntah mencuba gabungan aiskrim dengan nasi lemak.

Menerusi video berdurasi hampir seminit, wanita itu kelihatan membuka sebungkus nasi lemak di dalam keretanya. 

Diyah kemudiannya mencampurkan aiskrim berperisa vanilla di atas nasi lemak tadi dan mencurahkan sambal. 

Wanita itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi wajah setiap kali menyuap aiskrim bersama sambal, nasi lemak dan ikan bilis serta telur sehingga mencetuskan tanda tanya dalam konten dikongsikan itu.

MENARIK DIBACA: Kalau suka makan manis penyayang orangnya, ini 6 kategori makanan ‘cermin’ personaliti anda

MENARIK DIBACA: Asyik kejar views, sampai melayang nyawa... 5 ‘mukbangers’ popular ini maut akibat makan berlebihan

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, dirinya membalas terasa hendak muntah menikmati gabungan makanan dicuba itu. 

Tindakan wanita itu mendapat reaksi bercampur iaitu teruja dan skeptikal dalam kalangan warga maya.

Ramai netizen anggap hidangan sedemikian pelik dan tidak menyelerakan bahkan ada yang khuatir boleh menjadi punca kepada masalah pencernaan. 

Namun begitu, ada juga yang ingin tahu rasa sebenar kombinasi menu tular itu dan anggap sebagai satu pengalaman baharu dalam dunia kulinari moden.

Nasi lemak dibeli dicampurkan dengan aiskrim berperisa vanilla.

Dalam dunia kulinari, gabungan rasa luar biasa sering kali mencetuskan perdebatan sehingga ada yang menyambutnya dengan rasa ingin tahu tidak kurang mengerutkan dahi. 

Gabungan dua sajian kegemaran umum itu sebenarnya bukan perkara baharu. 

Kira-kira lapan tahun lalu, seorang penggemar nasi lemak, Melissa Tan Chia Hui menghasilkan aiskrim inovasi, Nasi Lemak Aiskrim, diperkenalkan kepada umum. 

Antara komen netizen.

Menerusi produk jenama sendiri, 'Skream Softserve' wanita berasal dari Utara tanah air itu memperkenalkan nasi lemak versi gourmet memberikan rasa seimbang memikat selera.

Berikutan itu, pelbagai jenama aiskrim tempatan mula tampil dengan resipi aiskrim nasi lemak menarik penggemar makanan bahkan kini pelayar media sosial berkongsi eksperimen mereka.

Satu yang pasti, gabungan itu ternyata menarik perhatian lebih lagi buat mereka yang sentiasa mencari pengalaman rasa baharu.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kafe ‘muslim friendly’ berdekatan LRT dan MRT... Pelbagai pilihan menu, harganya pula mesra poket

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Wanita kempunan nak makan keropok lekor, katak tiba-tiba lompat masuk dalam kuali panas

Terhangat