KUALI | Nutrisi

Jangan harap pada Tongkat Ali saja, tiram dan kacang badam boleh bantu masalah tenaga batin

Lead Image

TOPIK mengenai lemah tenaga batin masih menjadi tabu dalam kalangan lelaki kerana menganggap ia perkara memalukan untuk dibicarakan secara terbuka.

Kedegilan menjaga kesihatan serta mendapatkan rawatan masih ditahap membimbangkan sehingga ada sanggup memperjudikan perkahwinan dibina disebabkan perasaan malu.

Belum terlambat untuk golongan ini mengubah gaya hidup terutamanya dengan mengambil pemakanan sihat bagi menjaga kesihatan dalaman mereka.

Selain tongkat Ali, sebenarnya banyak makanan yang mampu membantu kaum lelaki menjaga kesihatan tenaga batin mereka.

Ini termasuk amalan diet mediterranean yang memberi fokus kepada pengambilan gabungan sayuran, buah-buahan, kekacang, tenusu malah makanan laut.

Diet tersebut bukan sahaja seimbang tetapi mampu membantu memperbaiki peredaran darah yang menjadi kunci dalam prestasi seksual kaum lelaki.

Selain tongkat ali, ginseng merah Korea juga tinggi dengan khasiat tersendiri.

1. Gingseng Merah Korea

Ramai tidak mengetahui gingseng dapat memperbaiki fungsi ereksi lelaki kerana ia mengandungi ginsenosides yang membantu melebarkan saluran darah termasuk di bahagian zakar.

Perjalanan darah yang lancar sekali gus meningkatkan tenaga dan daya tahan badan untuk mengekalkan stamina ketika diranjang.

Pengambilan jus delima kaya dengan antioksidan juga bermanfaat untuk kesihatan lelaki.

2. Buah Delima

Seperi gingseng, buah delima kaya dengan antioksidan seperti polifenol yang membantu melancarkan aliran darah termasuk ke organ reproduktif.

Menjadi simbol kesuburan sejak beribu tahun lalu, buah delima turut membantu meningkatkan libido, mengurangkan tekanan dan melonjakkan testosteron secara semul jadi.

Selain dinikmati mentah, tiram juga enak disajikan sebagai salad membuka selera.

3. Tiram

Kandungan zat besi dalam hidupan laut ini dapat membantu meningkatkan jumlah sperma dan keinginan seks.

Tidak hanya itu, amalan makan tiram turut boleh meningkatkan tenaga ketika bersama pasangan!

Pengambilan kacang badam tinggi dengan kandungan

4. Kacang Badam

Sejak kebelakangan ini susu badam menjadi pilihan dan ia sebenarnya tidak hanya enak dipadankan dengan kopi.

Kacang badam sebaliknya kaya dengan lemak Omega-3, arginin dan vitamin E yang mampu menjaga hormon termasuk melancarkan peredaran darah.

Peredaran darah yang lancar dapat memberi rangsangan seksual lebih baik kepada golongan lelaki.

Lelaki juga memerlukan coklat gelap untuk membantu rangsang tenaga batin.

5. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Coklat gelap mungkin kurang digemari sebab rasanya yang pahit tetapi ia mampu merangsang emosi si pemakan.

Kandungan enzim semula jadi feniletilamin dan serotonin memberi rasa euforia membantu membangkitkan rasa cinta antara suami isteri.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Nampak biasa dan mudah didapati, 5 makanan 'power' ini mampu bantu rawat migrain

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Macam-macam khasiat ‘ratu buah’, paling best boleh kembalikan keremajaan

Terhangat