Nampak biasa dan mudah didapati, 5 makanan 'power' ini mampu bantu rawat migrain

PENDERITA migrain pasti tahu ia bukan sekadar sakit kepala biasa! Kalau kenam memang boleh buat kita terbaring seharian.
Sakitnya berdenyut-denyut, biasanya sebelah kepala dan boleh datang berulang kali.
Tapi selain makan ubat dan rehat, tahu tak pemilihan makanan juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan sakit migrain?
Jom tengok lima makanan yang boleh bantu redakan migrain secara semula jadi. Mungkin salah satunya sudah ada dalam peti ais rumah kita.

1. Pisang – Si Kuning Penyelamat Tenaga
Bila kepala mula rasa berdenyut, cuba makan sebiji pisang. Buah ini kaya dengan magnesium iaitu sejenis mineral penting untuk bantu kurangkan sakit kepala. Tambahan pula, pisang ada 74 peratus air, jadi ia bantu kekalkan badan kita cukup hidrat.
Pisang juga ada kalium untuk jaga tekanan darah dan vitamin B6 yang boleh kawal hormon serotonin. Hasilnya, mood jadi lebih stabil dan simptom migrain pun reda.

2. Tembikai – Buah ‘Juicy’ Elak Dehidrasi
Tembikai ni memang best makan masa cuaca panas tapi rupanya ia juga boleh bantu elak migrain. Kenapa? Sebab 92 peratus kandungan tembikai adalah air!
Bila badan kurang air (dehidrasi), migrain senang menyerang. Jadi, makan tembikai bukan je segar, tapi juga boleh jadi ‘pengawal’ kepala dari sakit menyerang.

3. Teh Pudina – Sejuk, Tenang, Lega
Kalau migrain datang dengan rasa tegang dekat kepala atau leher, cuba hirup secawan teh pudina. Daun pudina a mentol semula jadi yang bantu menenangkan otot dan saraf.
Boleh rebus daun pudina atau guna uncang teh pudina – dua-dua pun boleh bantu bagi rasa lega dan sejuk yang menenangkan. Sesuai sangat untuk waktu stress!

4. Brokoli – Sayur Hijau, Hormon Stabil
Tahukah anda, migrain dalam kalangan wanita selalunya berkait dengan perubahan hormon? Terutamanya bila paras estrogen turun sebelum haid.
Brokoli mengandungi fitestrogen semula jadi yang boleh bantu stabilkan hormon, sekali gus kurangkan risiko serangan migrain.
Ia juga kaya dengan riboflavin (vitamin B2), penting untuk elak kekurangan nutrien yang boleh cetus migrain.

5. Halia – Panas Tapi Menyembuhkan
Kalau rasa mual dan pening datang sekali masa migrain menyerang, cuba minum air halia. Halia bukan jer berfungsi sebagai bahan dalam masakan, tapi ia juga ada sifat anti-radang semula jadi.
Minum air halia boleh bantu kurangkan rasa loya dan legakan saluran darah yang membengkak – dua perkara yang selalu jadi penyebab utama migrain.
Lepas ni, bolehlah mula ‘stock’ bahan-bahan ni dekat rumah. Siapa tahu, dengan amalkan pemakanan yang betul, migrain pun boleh dikurangkan!