Macam-macam khasiat ‘ratu buah’, paling best boleh kembalikan keremajaan

BOLEH dikatakan laici menjadi antara buah paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja tetapi sedap apabila ia ditambah di dalam jus tembikai yang cukup menyegarkan apabila diminum ketika cuaca panas.
Tapi di sebalik keenakkan laici, ia cukup kaya dengan khasiat seperti vitamin C selain antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan menguatkan sistem imun manusia.
Apa lebih menarik, ia turut dapat mengembalikan keremajaan seseorang! Berikut lima kelebihan buah laici yang mungkin tidak ramai ketahui mengenainya.

1. Merendahkan risiko kanser
Buah laici mengandungi fitonutrien dan antioksidan yang berpotensi membantu merendahkan risiko terkena penyakit kanser.

2. Menganjalkan kulit wajah
Kandungan air yang tinggi dalam buah laici serta pelbagai vitamin seperti C, B3 dan B6 dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Tidak hanya itu ia dapat membantu menganjalkan kulit selain lembut dan berseri secara semula jadi.

3. Detoks
Nutrien dalam laici mampu membantu meningkatkan peredaran darah serta proses detoksifikasi dengan menyingkirkan toksin yang menyebabkan masalah kulit.

4. Cegah keguguran rambut
Kandungan antioksidan selain vitamin B kompleks, zat besi dan mineral di dalam buah laici cukup efektif membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan oksidatif.
Ini penting untuk mengecah keguguran rambut dan memastikan ia tumbuh dengan sihat.

5. Mencegah katarak
Seiring peningkatan usia, mata juga terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan termasuk katarak.
Kandungan flavonoid dan polifenol dalam buah berkenaan mampu mengurangkan keradangan yang menyebabkan katarak.
Nutrien dalam laici mampu membantu meningkatkan peredaran darah serta proses detoksifikasi dengan menyingkirkan toksin yang menyebabkan masalah kulit.