KUALI | Nutrisi

Tak berselera kalau makanan tak pedas, jaga-jaga anda mungkin alami ketagihan

Lead Image

MASYARAKAT Malaysia pada umumnya boleh hilang selera jika juadah yang dijamah tidak mempunyai rasa pedas.

Sebab itu cili menjadi antara bahan utama dalam setiap masakan yang mampu membangkitkan selera seseorang.

Walaupun cili mempunyai manfaat seperti capsaicin yang bertindak sebagai antikoksidan namun makan terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Jom ambil tahu tentang risiko makan pedas setiap hari.

Makan pedas secara berlebihan boleh mencetuskan keradangan perut dan mengganggu sistem pencernaan.

1. Keradangan perut dan masalah pencernaan

Makan pedas boleh menyebabkan sakit perut terutama bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik. 

Capsaicin dalam cili boleh membuatkan perut menghasilkan asid lebih banyak menyebabkan rasa pedih, kembung, loya dan muntah. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah pencernaan, makan pedas terlalu kerap boleh membuatkan keadaan lebih teruk.

Bagi penghidap gastrik, makanan pedas boleh memburukkan simptom seperti pedih ulu hati, loya,dan muntah

2. Masalah pada usus

Capsaicin juga boleh mengganggu usus mengakibatkan cirit-birit, perut kembung dan rasa panas ketika buang air besar. 

Bahkan sekiranya kerap memakan pedas, usus boleh menjadi radang dan mengakibatkan masalah kesihatan jangka panjang.

 

Makanan pedas boleh menyebabkan berpeluh berlebihan dan berpotensi menyumbang kepada dehidrasi jika tidak minum air yang cukup.

3. Perpeluh berlebihan dan dehidrasi

Makan pedas membuatkan badan menghasilkan banyak peluh bagi menyejukkan badan. 

Jadi sekiranya seseorang tidak minum air yang cukup boleh berlaku dehidrasi. 

Gejala dehidrasi adalah termasuk mulut kering, pening dan berasa lemah.

Terdapat juga kes individu yang mudah mendapat luka atau ulser di dalam mulut akibat makan pedas berlebihan.

4. Iritasi mulut dan gusi

Makan pedas yang kerap boleh menyebabkan masalah sakit gusi, gusi berdarah dan sensasi panas dalam mulut. 

Terdapat juga kes individu yang mudah mendapat luka atau ulser di dalam mulut.

Makanan pedas berlebihan boleh mencetuskan keradangan pada tisu dubur yang sudah terjejas akibat buasir

5. Buasir

Pengambilan makanan pedas secara berlebihan boleh menyebabkan buasir. 

Kandungan capsaicin dalam makanan pedas boleh merengsakan kawasan sekitar dubur dan mengakibatkan rasa sakit dan gatal.

Pengambilan makanan pedas berlebihan boleh menganggu tidur disebabakan rasa tidak selesa pada perut.

6. Gangguan tidur

Pengambilan makanan pedas pada waktu malam boleh menyebabkan badan terasa panas dan perut tidak selesa, sekali gus menyukarkan tidur. 

Keadaan ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan secara menyeluruh.

Terdapat kajian menunjukkan makanan pedas boleh merangsang pengeluaran hormon androgen yang dikaitkan dengan jerawat.

7. Masalah kulit

Sesetengah individu yang mengambil makanan pedas akan mengalami kemerahan pada kulit, rasa gatal atau pertumbuhan jerawat. 

Ini kerana capsaicin boleh merangsang penghasilan minyak berlebihan pada kulit seterusnya menyebabkan jerawat.

Makanan pedas boleh memberi kesan psikologi baik positif seperti rasa puas dan lega atau negatif seperti cemas dan sukar tidur.

8. Kesan psikologi

Makanan pedas turut membuatkan badan berasa seronok kerana merangsang penghasilan hormon endorfin. 

Namun, jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan ketagihan dan menjadikan sukar untuk menikmati makanan lain.

Capsaicin boleh merangsang sistem saraf simpatetik menyebabkan jantung berdegup lebih laju buat sementara.

9. Risiko penyakit jantung

Walaupun capsaicin mempunyai manfaat untuk kesihatan jantung, pengambilan makanan pedas secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung sekali gus menyebabkan sakit kepala dan rasa pening.

Cara mengurangkan risiko apabila makan makanan pedas:

  1. Ambil makanan pedas secara sederhana dan elakkan daripada memakannya setiap hari.
  2. Padankan makanan pedas dengan sayur-sayuran, protein dan karbohidrat untuk mengurangkan kesannya pada sistem pencernaan.
  3. Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
  4. Elakkan makan pedas ketika perut kosong dan ambillah bersama makanan lain.Jika berasa tidak selesa, kurangkan atau hentikan pengambilan makanan pedas.

Makanan pedas sememangnya sedap tetapi nikmatilah secara berpada-pada agar dapat menikmati sesuatu juadah dengan lebih baik.

Ingatlah, kesihatan adalah aset penting yang perlu sentiasa dijaga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Macam-macam khasiat ‘ratu buah’, paling best boleh kembalikan keremajaan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Perhatian pesakit diabetes! Ini 7 buah-buahan boleh punca bacaan gula dalam darah melonjak

Terhangat