KUALI | Trending

Tak lagi mengejar views, content YouTube bukan lagi keutamaan Che Nom... Mahu fokus buat perkara lebih bermakna

Lead Image

SELEPAS lebih sedekad aktif mencipta kandungan masakan di YouTube, pempengaruh Che Nom mahu undur diri secara berperingkat daripada platform berkenaan.

Che Nom atau Normah Bakar, 43, berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri dan keluarga selain melakukan perkara lebih bermakna dalam hidupnya.

"Che Nom mula rasa ingin buat sesuatu yang lebih bermakna secara peribadi. Masa semakin berharga. Anak-anak semakin membesar.

Che Nom berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook.

"Che Nom nak fokus pada keluarga, kesihatan dan kehidupan yang lebih tenang. Kadang-kadang yang paling 'full filling' bukan lagi angka atau views.

"Tapi masa yang diluangkan dengan orang tersayang dan buat perkara yang dekat dengan hati," katanya.

Che Nom berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Khamis.

Sepanjang tempoh 10 tahun kerjayanya,  Che Nom berjaya meraih lebih 416 juta tontonan dan 24 juta jam tontonan, menjadikan salurannya paling dikenali dalam kalangan peminat masakan tempatan.

MENARIK DIBACA: Terlalu bergantung pada YouTube, nama semakin tenggelam... Che Nom kata kehendak setiap orang berbeza

MENARIK DIBACA: Keputusan tinggalkan karier doktor akhirnya ada kemanisan, gerai nasi padang pemuda ini kini jadi sebutan ramai

Mengimbas kembali perjalanannya, pempengaruh itu tidak menyangka perkongsian video yang dibuat secara kecil-kecilan di rumah, akhirnya membentuk satu jenama dipercayai ramai.

"Terus terang, setelah lebih 416 juta views dan 24 juta jam tontonan, Che Nom rasa sangat bersyukur dan puas hati dengan apa yang telah dicapai bersama anda semua selama ini.

"Dari hanya kongsi resepi di rumah, kini kami dah jadi satu jenama, bantu ramai yang baru nak belajar memasak guna resepi untuk bisnes kecil-kecilan dan yang rindu masakan kampung. Semua ini sangat bermakna dalam hidup Che Nom," ujarnya.

Che Nom memilih untuk mengurangkan penghasilan video di YouTube.

Tidak menghilang sepenuhnya, Che Nom memberitahu dia akan mengurangkan penghasilan video sebaliknya memberi tumpuan kepada kandungan eksklusif sahaja.

"Che Nom takkan terus berhenti serta-merta, tapi akan perlahan-lahan kurangkan output. 

"Mungkin 3–4 video sebulan sahaja, atau fokus kepada content eksklusif untuk ahli yang benar-benar hargai kualiti," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Cinta Chef Ismail terhadap masakan Melayu tiada tandingan, kongsi rahsia Restoran Rebung bertahan 20 tahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Spritzer tampil beri penjelasan, pengguna dakwa air bau macam petai dan rasa aneh

Terhangat