[V] Alicia Amin terpaksa belajar masak sebab rindu masakan Malaysia, tak sangka asam pedas 'tak cukup bahan' menjadi!
GARA-gara melanjutkan pengajian di Australia beberapa tahun lalu telah memaksa pelakon dan model, Alicia Amin untuk belajar memasak di negara orang.
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, kerana rindukan masakan Malaysia, dia tiada pilihan selain belajar memasak dan dalam masa sama mahu berjimat kerana harga makanan di sana sangat mahal.
Kongsi Alicia, semuanya terjadi ketika dia teringin makan asam pedas dan ternyata percubaan kali pertamanya berjaya walaupun tak cukup bahan.

"Air tangan pertama saya yang boleh dikatakan menjadi adalah asam pedas.
"Ketika itu saya belajar di Australia dan sangat rindukan makanan Malaysia iaitu asam pedas.
"Asam pedas saya menjadi walaupun bahan tak cukup dan saya guna ikan 'mat salih'," kongsi Alicia.
Bercerita lanjut, Alicia berkata ketika itu dia tidak sanggup untuk membelinya kerana harga yang sangat mahal.
MENARIK DIBACA: Bergelut nak berhenti merokok? Cuba buat minuman susu kayu manis, bantu kurangkan ketagih
MENARIK DIBACA: Aaron Aziz ada prinsip diet sendiri, sarapan pagi dianggap tak begitu penting
"Saya memang nak sangat makan asam pedas, tapi nak beli mahal. Nasi lemak pun harga RM60 di Australia.
"Jadi saya cuba masak guna bahan yang ada, tak sangka menjadi.
"Bahkan, rakan serumah saya dari Brunei turut memuji asam pedas 'tak cukup bahan' yang saya masak," katanya ketawa.
Selain asam pedas, pelakon filem seram Salina itu turut memberitahu dia pakar memasak hidangan tradisi, rendang tok yang diturunkan oleh arwah neneknya.
Saya memang nak sangat makan asam pedas, tapi nak beli mahal. Nasi lemak pun harga RM60 di Australia.
Alicia Amin
Malah, dia menjadi orang penting yang perlu ada di dapur ketika hari raya semata-mata untuk menyiapkan hidangan tradisional dari Perak itu.
"Satu lagi masakan yang boleh saya banggakan ialah rendang tok yang diturunkan oleh arwah nenek saya.
"Proses membuat rendang tok memang sangat lama, bahkan boleh mencecah sehingga 10 jam untuk disiapkan.
"Tapi saya sangat yakin resipi rendang tok saya ini sedap dan tidak teragak-agak untuk berkongsi resipinya dengan orang lain," ujar Alicia.