Suka makan manis, ibu hamil menipu ketika 'checkup' elak dikesan ada GDM! Akhirnya bayi jadi mangsa
KETIKA hamil memang ramai wanita mengidam makanan manis, namun jika tidak dikawal tabiat ini boleh mengundang risiko besar kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Lebih membimbangkan apabila ada yang sanggup ‘mengelat’ ketika menjalani ujian kesihatan semata-mata mahu mengelakkan diri daripada disahkan menghidap diabetes ketika hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM).
Seorang pengguna Threads menceritakan tentang seorang kenalannya yang dipercayai sengaja ‘memanipulasi’ ujian air gula demi mengelakkan dirinya dipantau sebagai pesakit GDM.
Menurutnya, wanita itu memang gemar menikmati makanan dan minuman manis sepanjang kehamilan, tetapi tidak pernah ‘kantoi’ ketika pemeriksaan kesihatan.

Rupa-rupanya, ada helah digunakan bagi memastikan bacaan ujian air gulanya kelihatan normal.
“Malam sebelum 'test' dia tak makan langsung. Pagi tu siap jalan banyak. Lepas tu masa 'nurse' tanya puasa okay ke, dia angguk je. Bacaan pun cun. Semua orang ingat okay. Dia pun lega sebab tak kena 'follow up' GDM,” katanya.
Tambah wanita itu, keadaan kandungan kenalannya juga dilihat normal sepanjang tempoh kehamilan, justeru tiada siapa mengesyaki sebarang komplikasi serius bakal berlaku.
Bagaimanapun, dia berdepan kesukaran ketika proses bersalin..
MENARIK DIBACA: 3 bulan mengidam, suami tak layan! Ibu hamil cari individu sudi masakkan ayam goreng
MENARIK DIBACA: Nanas banyak khasiat, betul ke jika ibu hamil makan akan keguguran?
“Setiap kali 'scan', doktor cakap bayi sekitar 2kg lebih je. So semua orang pun relaks la. Tak sangka apa-apa.
“Sampailah hari dia bersalin. Ya Allah, labour (proses bersalin) dia lama gila. Dah meneran lama, bayi tak lepas-lepas. Dalam bilik labour dah kecoh. Rupanya bahu bayi sangkut,” katanya.
Bercerita lanjut, katanya, doktor dan jururawat terpaksa bertindak pantas apabila bayi mengalami komplikasi 'shoulder dystocia' iaitu keadaan bahu bayi tersangkut ketika proses kelahiran.
“Sekali bila baby keluar, satu bilik terus diam. Bahu baby terkulai. Patah. Baby biru. Terus kena bawa pergi NICU sebab 'hypo' teruk,” ujarnya.
Difahamkan, berat bayi tersebut sebenarnya lebih 4 kilogram walaupun sebelum itu dianggarkan jauh lebih kecil.

Bukan setakat menanggung kesakitan selepas bersalin, apa yang berlaku turut membuatkan kenalannya dihantui rasa bersalah yang mendalam terhadap si kecil akibat perbuatannya sendiri.
“Dia menangis 'non stop' dekat wad sebab rasa bersalah sangat. Rupa-rupanya selama ni dia memang ada GDM, cuma tak 'detect' sebab dia ‘luluskan’ sendiri ujian air gula tu,” tambahnya.
Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya sangsi terhadap kesahihan cerita berkenaan, apatah lagi apabila pengguna itu mendakwa kenalannya 'terlepas' ujian air gula.
“Takkan tak ada buat 'follow up' scan untuk bayi? Takkan doktor tak 'trigger' yang berat bayi nak dekat 4kg.
“Tak logik. Kalau dah memang GDM, awal-awal dah detect masa periksa darah pagi. Plus, air kena minum depan nurse either procedure clinic swasta atau kerajaan,” komen beberapa netizen.