KUALI | Trending

‘Mola-mola’ hanya buat video masak, sekarang Kakcik Yah sibuk reviu makanan... Ada sanggup datang rumah hantar produk! 

Lead Image

BERMULA dengan mencipta kandungan atau content masakan, populariti ‘segera’ diraih pempengaruh Kakcik Yah berjaya membuka lebih banyak pintu rezeki buat dirinya.

Mana tidaknya, Kakcik Yah atau nama sebenarnya Nariah Ahmad memberitahu dia kini giat menghasilkan video reviu makanan atau food review untuk tontotan pengikut di laman TikTok.

Kongsinya, tawaran diterima bukan sahaja datang dari perniagaan kecil malah, restoran dan hotel mewah turut mempercayainya untuk mempromosikan menu hidangan mereka.

"Kakcik Yah memang suka buat content, awalnya buat saja-saja tapi tak tahu macam mana boleh viral pula video masak kerabu Thailand.

Kakcik Yah bersyukur dengan rezeki yang diterimanya dalam bidang penciptaan kandungan.

"Alhamdulillah, sekarang terima banyak pemintaan untuk reviu makanan pula. Ada datang hantar produk mereka untuk saya reviu di rumah.

"Saya kerap juga terima jemputan ke restoran dan hotel, kadang-kadang mereka nak buat content masakan juga dengan saya," katanya ketika dihubungi Kuali. 

Terkenal dengan ungkapan ikonik 'mola-mola' bagi setiap permulaan video tutorial memasaknya, Kakcik Yah kini memiliki hampir 400,000 pengikut di TikTok.

Tidak menang tangan dengan tawaran yang diterima, Kakcik Yah mengakui terpaksa berehat seketika daripada menghasilkan video masakan dek kekangan waktu.

Malah, respon positif yang diterima daripada peminat menaikkan lagi semangatnya untuk menghasilkan lebih banyak kandungan sedemikian.

MENARIK DIBACA: Senang betul buat biskut mochi pandan, guna microwave pun boleh!

MENARIK DIBACA: Campak-campak jer buatnya! Awas menu ikan bilis goreng petai dan cili padi boleh buat tambah nasi

"Itulah saya 'tak dan' nak rekod video masak sebab fokus buat live untuk reviu makanan. Tak ada masa dan balik kerja pun dah letih.

"Alhamdulillah pengikut semua suka tengok video reviu makanan. Ada peminat dari Singapura, Brunei dan Indonesia yang hari-hari masuk live saya.

"Saya tiada masalah jika kerja banyak atau penat. Saya hanya minta peminat doakan saya sentiasa sihat supaya dapat buat banyak lagi content," kongsinya.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya sepanjang bergelar pempengaruh, wanita berusia 75 tahun itu terbuka dan bersedia untuk mencuba apa sahaja jenis hidangan.

Tambahnya lagi, makanan yang dijamah juga dalam kuantiti sedikit memandangkan selebihnya diberikan kepada jiran tetangga.

Saya terima sahaja apa yang mereka bagi selagi saya boleh makan

Kakcik Yah

Pempengaruh

"Dari segi makanan saya tak memilih, saya terima sahaja apa yang mereka bagi selagi saya boleh makan. Makanan Thai atau barat pun boleh!

"Bila reviu makanan, mereka akan bagi saya dalam portion yang besar. Selalunya saya makan sedikit sahaja. 

"Lebihan makanan saya kongsi kepada jiran-jiran untuk mereka rasa juga. Mana tahu, boleh tarik minat mereka untuk beli," ujarnya.

Meskipun namanya tidak lagi sehangat dahulu, nenek kepada tujuh cucu ini memaklumkan dirinya masih menjadi perhatian ramai setiap kali muncul di khalayak.

Kakcik Yah turut mendapat jemputan melakukan reviu makanan di hotel.

Enggan mempamerkan sikap sombong, Kakcik Yah kekal mesra melayani peminatnya sebagai menghargai sokongan diberikan terhadap kerjayanya selama ini.

"Kehidupan tetap sama (macam dahulu). Bila keluar itu, orang masih kenal saya dan ajak bergambar.

"Paling kelakar, atas motor pun ada yang boleh cam saya. Siap tegur saya lagi, dan tanya khabar.

"Saya seronok bila ada yang kenal saya. Saya tak suka buat sombong-sombong dengan orang.

"Tak kisah tua ke muda ke saya layan macam biasa. Lansung tak ada rasa penat, sebab mereka juga orang yang tengok dan follow content saya," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Influencer kurus amal ‘lalapan platter’, bukti ulam-ulaman pun boleh turunkan berat badan

Terhangat