KUALI | Menu Selebriti

[V] Erysha Emyra tak pandai masak sajian Melayu, lebih suka hidangan barat dan Jepun

PELAKON Erysha Emyra mengakui tidak pandai memasak hidangan Melayu dan lebih menyukai sajian barat.

Erysha atau nama lengkapnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, bagaimanapun berkata dia kini mula berjinak-jinak dengan masakan Melayu dan mula jatuh hati dengan makanan tempatan.

Mengakui tidak pandai masak hidangan Melayu, pelakon Erysha Emyra boleh memasa beberapa masakan barat.

"Sebenarnya saya 'kurang' sikit dengan masakan Melayu. 

"Jadi kalau suruh saya masak masakan Melayu memang saya tak reti.

"Saya lebih tahu masak hidangan barat sebenarnya," kata anak kepada dramatis, Noniswara itu.

menarik dibaca: Ayam goreng masak lemak cili api luar biasa enak, padu makan dengan kicap manis

menarik dibaca: Aiskrim santan lemak berkrim, terus segar tekak makan lepas berbuka

Bercerita lebih lanjut, pelakon drama Perempuan Itu berkata, dia bukannya tidak biasa dengan masakan Melayu, tapi menyifatkan dirinya mengada-ngada kerana akan meminta makanan selain daripada nasi.

"Saya bukan tidak biasa dengan masakan Melayu, cuma saya mengada-ngada sebab akan minta makanan lain, selain daripada nasi.

"Sebab saya masih boleh hidup walapun tanpa nasi," katanya yang turut menggemari masakan Jepun, Cina dan India.

Bercerita tentang menunya ketika di bulan puasa, pemenang Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2024 itu berkata, dia tidak ada masalah untuk bersahur dengan juadah berat termasuk nasi kerana sudah terbiasa sejak dulu lagi.

Kalau suruh saya masak makanan Melayu memang saya tak reti.

 Erysha Emyra

Bahkan, Erysha berkata mungkin disebabkan memiliki keturunan darah Kelantan menyebabkan dia tidak mempunyai masalah menikmati nasi ketika awal pagi.

"Biasanya sahur saya akan makan nasi dengan lauk ringkas sahaja seperti ayam goreng atau sup ayam.

"Saya dah biasa sejak dulu, lagi pun orang Kelantan memang makan nasi di awal pagi," ujar penggemar masakan ayam itu.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Yusuf Bahrin kenang zaman nakal ponteng puasa... “Gigi depan saya patah gara-gara ayam goreng”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Nadhir Nasar ‘hantu’ manisan, suka kuih-muih berasaskan gula Melaka

Terhangat