KUALI | Minuman
Aiskrim santan lemak berkrim, terus segar tekak makan lepas berbuka
BERPUASA, lagi-lagi ketika cuaca panas terik memang menguji keimanan.
Belum masuk setengah hari, dalam kepala dah fikir mahukan yang segar-segar dan sejuk seperti aiskrim semasa berbuka.
Apa kata buat sendiri sahaja aiskrim santan dengan bahan yang sangat mudah tanpa perlu menggunakan mesin pengadun.
Paling penting, bahan yang digunakan juga murah dan menjimatkan masa.
MENARIK DIBACA: 'Aunty' lepas geram belanja lebih RM800 tapau lauk Rembayung, Khairul Aming beri komen lucu
MENARIK DIBACA: [V] Isyariana cerewet bab makan - "Saya tak boleh telan kalau tak sedap walaupun tengah lapar"
Bahan-bahan
- 2 liter santan (8 cawan)
- 300g gula
- 30g tepung jagung (dibancuh)
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil esen vanila

Langkah penyediaan
- Sediakan periuk lalu masukkan santan. Tak kisah guna sama ada santan segar atau santan kotak.
- Kemudian masukkan gula, garam, esen vanila dan tepung jagung yang dibancuh.
- Hidupkan api dan masak dari api kecil hingga sederhana. Pastikan kacau berterusan.
- Bila dah nampak berwap atau mendidih, tutup api dan pindahkan adunan ke dalam bekas lalu biarkan sehingga sejuk.
- Simpan di dalam peti sejuk selama sembilan hingga 10 jam.
- Bila dah beku, keluarkan aiskrim dan potong kecil-kecil kemudian kisar untuk mendapatkan teksur yang lebih halus.
- Tuangkan adunan yang dikisar tadi ke dalam bekas kecil ikut cita rasa masing-masing kemudian simpan semula ke dalam peti sejuk sehingga mengeras.
- Taburkan kacang tumbuk atau coklat di atas aiskrim untuk rasa lebih menyelerakan. Siap untuk dihidang.