KUALI | Minuman

Cara buat air keladi premium lazat berkrim, lebih 'kaw' dari bazar

Lead Image

AIR keladi ni antara minuman underrated (kurang sambutan).

Walaupun tak sepopular teh ais atau matcha, sebenarnya minuman iniada peminat tersendiri yang memang setia.

Tapi, kalau beli di bazar Ramadan, biasanya air keladi yang diisi dalam plastik tu hampir separuh dipenuhi ais.

Bila tiba waktu berbuka, ais dah mula cair dan akhirnya rasa air keladi asli bertukar jadi tawar serta kurang ‘kick’.

Sebab itulah lebih puas hati kalau buat sendiri di rumah. Bukan sahaja boleh kawal rasa manis dan lemaknya, malah hasilnya pun lebihpekat serta berkrim.

Resipi ini cukup mudah kerana hanya gunakan kordial keladi, susu serta aiskrim.

Jom Kuali kongsi resipi keladi 'kaw' wajib korang cuba!

Air keladi yang dijual di bazar Ramadan biasanya tawar.

Bahan-bahan

  • 1 tin susu sejat
  • ½ tin susu pekat manis
  • ¾ cawan kordial keladi
  • 200ml susu full cream
  • Secubit garam
  • Aiskrim yam atau vanila
  • Ais secukupnya

MENARIK DIBACA:‘Tewas’ dengan teh ais Thai, teh tarik minuman ke-34 terbaik dunia

MENARIK DIBACA:[V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best

Cara penyediaan

  1. Masukkan susu sejat, susu pekat manis, kordial keladi, secubit garam dan satu 'scoop' aiskrim ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan berbuih.
  2. Sediakan satu jag, kemudian masukkan ais secukupnya.
  3. Tuangkan campuran keladi yang telah dikisar tadi ke dalam jag berisi ais.
  4. Tambahkan susu 'full cream' dan kacau hingga sebati.
  5. Letakkan satu 'scoop' lagi aiskrim di bahagian atas sebagai 'topping' untuk rasa lebih berkrimdan premium.
  6. Kacau sebati sebelum dihidangkan dan sedia untuk dinikmati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Nikmat dapat minum 'coconut shake' ala Klebang, mudah je nak buat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Aiskrim santan lemak berkrim, terus segar tekak makan lepas berbuka

Terhangat