KUALI | Minuman

8 idea masakan, pencuci mulut boleh dibuat guna lebihan kurma Ramadan

Lead Image

RAMADAN telah berlalu dan pasti di rumah masing-masing masih ada lebihan buah kurma yang dibeli untuk dimakan ketika berbuka dan bersahur.

Daripada disimpan lama dan akhirnya dibuang begitu sahaja, lebihan kurma sebenarnya boleh diolah untuk dijadikan makanan, minuman dan snek sihat.

Pada masa sama, boleh elakkan pembaziran.

Berikut adalah beberapa idea kreatif untuk menghabiskan stok kurma anda.

Air nabeez atau rendaman kurma boleh menjaga sistem pencernaan anda.

Minuman dan pencuci mulut

1. Air Nabeez (air rendaman kurma): Pada hari-hari biasa juga air rendaman kurma atau disebut nabeez ini baik untuk menjaga sistem pencernaan selain mengawal nafsu makan.

Caranya, rendam tiga hingga tujuh biji kurma dalam air masak dan simpan di dalam peti sejuk. Minum air dan makan kurma yang sudah kembang pada waktu pagi atau sebelum tidur.

2. Smoothie kurma: Kisar kurma bersama susu, pisang, dan oatmeal untuk sarapan. Selain enak, smoothie kurma ini juga boleh membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

Puding dan smoothie buah kurma yang enak dan berkhasiat.

3. Puding kurma/agar-agar kurma: Kurma boleh dijadikan bahan utama dalam pembuatan puding atau agar-agar yang manis semula jadi.

4. Kurma sumbat: Buang biji dan sumbat kurma dengan kacang badam, walnut atau mentega kacang. Boleh juga dicelup dalam coklat cair untuk snek mewah. 

Menambah kurma yang dikisar dalam masakan seperti sambal atau kuah kurma menjadikan hidangan bertambah lazat dan pekat.

MENARIK DIBACA: Nangka punca angin dalam badan? Doktor tampil betulkan salah faham

MENARIK DIBACA: Aizat Saha makan banyak, tak kira musim raya atau tidak... Stres berat badan susah naik

Masakan harian

5. Ayam/daging masak kurma: Kisar beberapa biji kurma (buang biji) bersama bawang merah, bawang putih dan halia sebelum ditumis. Cara ini membantu menjadikan masakan kurma ayam atau daging anda menjadi lebih pekat dan lazat.

6. Sambal kurma: Gunakan kurma sebagai ganti gula dalam sambal untuk rasa manis yang lebih sihat dan seimbang. 

Buah kurma yang diolah menjadi jem untuk sapuan pada roti.

Pengganti gula sihat

7. Pes kurma: Kisar kurma dengan sedikit air panas untuk dijadikan pes. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan sebagai pemanis dalam kopi, teh, oat atau sapuan roti.

8. Biskut/kek kurma: Kurma cincang sangat sedap dimasukkan dalam adunan kek, muffin atau biskut menggantikan gula putih. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Nikmat dapat minum 'coconut shake' ala Klebang, mudah je nak buat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Cara buat air keladi premium lazat berkrim, lebih 'kaw' dari bazar

Terhangat