KUALI | Menu Selebriti

[V] Nadhir Nasar ‘hantu’ manisan, suka kuih-muih berasaskan gula Melaka

Lead Image

PELAKON dan pengarah, Nadhir Nasar memberitahu dia sangat menggemari makanan manis terutamanya pencuci mulut berasaskan gula Melaka.

Ujar Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, jika sesetengah individu lain tidak menyukai makanan manis, namun berlainan baginya yang tidak mampu menolak kuih muih menggunakan bahan gula Melaka seperti onde-onde.

Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, gula Melaka mempunyai keistimewaan tersendiri daripada segi rasa selain dekat dengan lidah masyarakat Malaysia.

Pelakon berusia 29 tahun ini menjadikan juadah seperti gulai lemak ayam kampung dan daging dendeng sebagai menu hari raya kegemarannya.

"Saya seorang penggemar manisan dan sangat sukakan makanan yang manis-manis terutama berasaskan gula Melaka.

"Sebagai contoh seperti kuih onde-onde atau kuih berasaskan gula Melaka.

"Bagi saya selain manis, gula Melaka ini mempunyai rasa yang lebih autentik berbanding gula biasa dan rasanya lebih dekat dengan lidah masyarakat di Malaysia," ujar juara program Hero Remaja 2020 itu.

MENARIK DIBACA: Fazley kongsi KA pernah datang kedainya, kini faham kenapa 'content creator' jadi rujukan ramai

MENARIK DIBACA: Kombinasi 3 rasa sempurnakan keenakan udang masak masam manis, pedas

Bercerita tentang menunya ketika berbuka puasa, pelakon drama Cinta Hantu Asmara itu lebih memilih berbuka dengan hidangan ringan terlebih dahulu seperti popiah, diikuti makanan berat ketika moreh.

"Kalau berbuka puasa saya tak kisah makan hidangan yang ringan-ringan seperti popiah, tapi ketika sahur saya akan makan berat seperti nasi.

"Alhamdulillah perut saya tidak ada masalah jika makan juadah berat di awal pagi. Apa yang penting saya kena minum susu," jelas penggemar masakan daging dendeng dan gulai lemak ayam kampung itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Menu Selebriti

[V] Erysha Emyra tak pandai masak sajian Melayu, lebih suka hidangan barat dan Jepun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Dua tahun tak jejak bazar, Sid Mursid masak sendiri di rumah... Tak suka makanan dah sejuk

Terhangat