[V] Dua tahun tak jejak bazar, Sid Mursid masak sendiri di rumah... Tak suka makanan dah sejuk
TATKALA ramai memilih untuk membeli juadah di bazar Ramadan, lain pula ceritanya dengan pempengaruh dan cef selebriti, Sid Mursid.
Sid atau nama sebenarnarnya Murshid Mahmud, 32, memberitahu sudah dua tahun dia tidak menjejakkan kaki ke bazar Ramadan.
Bukan kerana memilih, tetapi lebih kepada alasan praktikal dan kualiti makanan.

"Sudah dua tahun berturut-turut saya tak pergi bazar. Bila kita beli makanan bungkus, selepas biar ia dalam sejam, rasanya akan berkurang.
"Sebab itu saya kurang gemar membeli makanan yang telah dibungkus ketika berbuka,” katanya kepada Kuali.
MENARIK DIBACA: Dapat inspirasi ketika melancong, Sid Murshid cipta resipi nasi Arab 'rasa Malaysia' istimewa Ramadan
MENARIK DIBACA: Mimpi bertukar realiti... Dari content media sosial, Sid Murshid kini pemilik restoran
Tambah pempengaruh itu lagi, dia juga lebih selesa memasak juadah berbuka sendiri kerana yakin dengan kualiti dan kebersihan makanan.
“Sebab itu saya pilih masak saja di rumah. Saya rasa ramai yang ada pengalaman beli makanan yang tak bersih atau kurang sedap.
"Tetapi itu bukan sebab utama saya tidak mahu beli di bazar. Cuma saya tak suka biar makanan menjadi sejuk," jelasnya.
Mengulas mengenai isu penjual makanan tidak bertanggungjawab, Sid menegaskan bahawa mereka seharusnya mempunyai kemahiran memasak sebelum menjual kepada orang ramai.

“Kalau nak berniaga, seharusnya kena betul-betul tahu masak sesuatu makanan tu, sebab itu adalah punca rezeki,” tambahnya.
Ditanya mengenai juadah berbuka kegemarannya, Sid berkata dia tetap mengutamakan sunnah dan sajian tradisi.
“Setiap kali berbuka puasa, mesti kena ada nasi dan wajib mengikut sunnah berbuka dengan sebiji kurma.
"Kalau saya, saya lebih gemar kurma yang lembut berbanding yang jenis keras. Untuk lauk-pauk pula, saya suka masakan Melayu,” ujarnya.