KUALI | Menu Selebriti

[V] Bimbang berat badan naik, Ezzanie Jasny cuma berbuka puasa dengan kurma

Lead Image

BIMBANG kenaikan berat badan sepanjang bulan puasa ini, pelakon Ezzanie Jasny memilih untuk berbuka dan bersahur dengan buah kurma beserta susu sahaja.

Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, dia terpaksa mengawal pemakanan kerana tidak mahu berat badan bertambah disebabkan makan terlalu banyak pada bulan Ramadan ini.

Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny bagaimanapun berkata dia tidak berdepan masalah mengambil makanan dalam kuantiti sedikit kerana sudah terbiasa menjalani rutin diet sedemikian.

Pelakon genit ini sudah terbiasa menahan lapar kerana mahu menjaga bentuk badannya.

"Saya makan kurma sahaja ketika berbuka puasa... sebolehnya saya tidak mahu berbuka dengan makanan berat.

"Saya kena jaga berat sebab badan saya mudah naik dengan cepat, terutama ketika bulan puasa.

"Jadi saya akan makan 'seciput' (sedikit) yang mungkin," katanya.

MENARIK DIBACA: Cuaca tak menentu, ini cabaran peniaga bazar Ramadan tahun ini!

MENARIK DIBACA: 11 tip memasak pernah dikongsi artis, chef... Peminat ingat dan amalkan sampai sekarang

Dalam pada itu, Ezzanie memberitahu sesekali dia ada menjamah nasi, namun diambil dalam kuantiti yang sangat kecil.

"Tapi kalau terlalu lapar, saya akan jamah sedikit nasi.

"Nak kata lapar, tak juga sebab saya dah biasakan perut untuk makan dengan sikit," jelas anak bongsu daripada empat orang beradik itu.

Sesekali Ezzanie akan menjamah nasi namun diambil dalam kuantiti yang sangat kecil.

Gara-gara melakukan rutin diet yang agak ketat itu, pelakon drama Cinta Non Grata ini mengakui sering dimarahi oleh individu terdekat.

Dia bagaimanapun mengabaikan teguran itu kerana lebih mengetahui keupayaan dan kemampuan tubuh sendiri.

"Memang ada mereka yang marahkan saya sebab terlalu kawal makan.

"Tapi saya kena lakukannya juga untuk jaga badan.

"Janganlah risau sebab saya masih lagi makan nasi walaupun dalam kuantiti yang sangat sedikit," katanya yang turut bersahur dengan tiga biji kurma beserta telur rebus.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Dua tahun tak jejak bazar, Sid Mursid masak sendiri di rumah... Tak suka makanan dah sejuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Bercuti luar negara, Ernie Zakri serah kepada Syamel pilih tempat makan... Yang penting halal dan bersih

play

Terhangat