[V] Bercuti luar negara, Ernie Zakri serah kepada Syamel pilih tempat makan... Yang penting halal dan bersih
JIKA berkunjung ke luar negara, penyanyi Ernie Zakri menyerahkan kepada suaminya iaitu Syamel untuk menentukan mengenai pemilihan makanan mereka.
Kata Ernie, 34, Syamel lebih cakna mengenai makanan dan sangat menitikberatkan soal halal dan kebersihan.
"Syamel agak cerewet... maksudnya dia lebih memerhatikan mengenai kebersihan. Jadi saya serahkan kepada Syamel untuk menyelesaikan isu makanan.

"Syamel ambil tahu banyak perkara sampailah hal di dapur, apa-apa pun soal halal dan kebersihan tetap menjadi keutamaan kami," kata Ernie kepada Kuali.
Dalam pada itu, Syamel pula memberitahu dia dan Ernie tiada masalah untuk mencuba juadah berbeza setiap kali melancong ke luar negara.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vanidah Imran belajar memasak demi anak-anak... “Kalau mereka minta sekurang-kurangnya saya boleh!”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elak membazir, Lisdawati sekat nafsu suami membeli di bazar Ramadan... Selalu jadi mangsa habiskan makanan!
"Kami tak susah sangat tentang makan, tidaklah sampai perlu mencari makanan Melayu seperti nasi dan lauk. Kami dah biasa kalau tak makan nasi.
"Jadi kami dah boleh adapt dengan makanan lain," ujarnya.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran muzik video (MV) lagu Suasana Raya di Hong Kong, Syamel dan Ernie memberitahu mereka seronok dapat menikmati hidangan istimewa di sana.
"Secara jujurnya memang senang cari makanan halal di Hong Kong, malah tak ada beza sangat makanan Cina di sana dengan di Malaysia. Kami enjoy menikmati setiap hidangan.
"Kami makan Dimsum yang sedap dan halal, satu pengalaman yang mahal untuk kami. Ada juga cuba beli online makanan tempatan lain yang halal. Semuanya boleh makan dan tak rasa pelik langsung," katanya.