[V] Vanidah Imran belajar memasak demi anak-anak... “Kalau mereka minta sekurang-kurangnya saya boleh!”
BERGELAR ibu kepada dua orang cahaya mata, pelakon Vanidah Imran berkata dia sentiasa berusaha memenuhi keinginan selera anak-anaknya selagi termampu.
Meskipun anak-anak tidak cerewet mengenai makanan, namun Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah Imran memberitahu dia tetap akan bertanya terlebih dahulu mengenai menu yang diingini oleh mereka.

"Alhamdulillah anak-anak saya tidak cerewet soal makan, cuma saya kena tanya apa yang mereka hendak makan setiap hari.
"Contohnya ada hari anak-anak mahu makan nasi dengan butter chicken. Ada hari lain pula mereka mahukan pasta.
"Kadang-kadang mereka minta saya buatkan salad bersama ayam panggang. Jadi saya memang selalu tanya menu yang mereka mahu makan," ujar pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2007 itu.
MENARIK DIBACA: Fazley Yaakob pertahankan 'content creator' dikritik - "Tak suka tak payah tengok"
MENARIK DIBACA: Ramai tiru idea jus tembikai tak campur air, peniaga asal berlapang dada - "Teruskan, tak perlu minta izin"
Bercerita lebih lanjut, ibu kepada Mikhail Aimran, 24, dan Maryam Rashika, 22, itu memberitahu minatnya untuk belajar memasak adalah selepas dia mendirikan rumah tangga bersama bekas suami iaitu Rashidi Ishak.
Kata wanita dengan wajah kemelayuan itu, selain tanggungjawab memasak untuk keluarga, dia juga perlu menyusun bajet untuk masa akan datang.
Memasak merupakan terapi buat saya selain dapat membantu ekonomi keluarga.
Vanida Imran
"Memasak merupakan terapi buat saya selain dapat membantu ekonomi keluarga (bila masak di rumah).
"Misalnya kalau keluarga mahu makan masakan barat contohnya lasagna... kalau beli untuk seorang makan harganya sudah berapa ringgit dan dapat makan sikit sahaja.
"Tapi bila saya belajar buat lasagna, saya dapat masak dalam kuantiti yang banyak, anak-anak pula boleh makan sepuas hati mereka. Itu antara sebab saya belajar memasak kerana mahu penuhi selera anak-anak," kata pemenang tempat kedua Miss Malaysia 1993 itu.