KUALI | Trending

Fazley Yaakob pertahankan 'content creator' dikritik - "Tak suka tak payah tengok"

Lead Image

CEF selebriti terkenal yang juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tampil mempertahankan pempengaruh masakan yang dikecam netizen selepas sebuah video masakannya dikritik kerana dianggap tidak sempurna.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, perkongsian Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob itu menarik perhatian netizen yang rata-rata bersetuju supaya pembuat konten diberikan ruang dan peluang untuk berkarya mengikut kreativiti sendiri.

Menurut Fazley, tidak timbul masalah jika seseorang pembuat konten masakan menghasilkan juadah dengan cara dan resipi mereka sendiri serta tidak menepati teknik profesional.

Fazley menerusi hantarannya di Threads meminta netizen supaya lebih bersikap terbuka dan menerima kreativiti seseorang pembuat konten masakan.

"Bagilah peluang kepada mereka yang dah selalu buat konten resipi itu bernafas.

"Tak ada masalah besar pun kalau ada cara dan resipi yang tidak menepati teknik profesional.

"Selama ini ramai yang sokong, kenapa perlu pilih kasih sekarang," ujar Fazley yang turut mempersoalkan sikap sesetengah pengikut yang disifatkannya cepat berubah hati dan bersikap pilih kasih.

Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Asmara ini turut mempertahankan resipi yang dihasilkan pembuat konten itu yang mengetengahkan hidangan mudah selain meminta orang ramai supaya tidak menjadi juri masakan.

Selepas resipinya iaitu Cottage Pie dikritik kerana dianggap tidak lengkap, Che Sayang tampil mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang masih menyokongnya.

"Diaorang buat resipi supaya orang yang nak belajar mudah faham.

"Kita tidak perlu nak hakimi dan jadi juri ala MasterChef pun.

"Enjoy the video sudah, kalau tak suka tak payah tengok banyak kali semata-mata mahu mencari salah," katanya.

MENARIK DIBACA: Ramai letak daun pandan dalam kereta untuk halau lipas, betul ke berkesan?

MENARIK DIBACA: [V] Elak membazir, Lisdawati sekat nafsu suami membeli di bazar Ramadan... Selalu jadi mangsa habiskan makanan!

Hantaran yang dikongsikan Fazley dipercayai ada kaitan dengan pempengaruh Che Sayang apabila resipi Cottage Pie yang dibuat dikritik netizen kerana dianggap tersasar dari resipi asalnya dari Ireland.

Che Sayang atau nama lengkapnya Abdul Qayyum Halid dikatakan telah mengajar resipi tersebut kepada rakyat Malaysia dengan cara tidak tepat oleh netizen dalam aplikasi X.

Namun, tidak kurang juga ramai pengikutnya meninggalkan kata-kata semangat dan mempertahankan resipi yang dihasilkannya.

Enjoy the video sudah, kalau tak suka tak payah tengok banyak kali semata-mata mahu mencari salah.

Datuk Fazley Yaakob

Chef Selebriti

Pada masa sama, Che Sayang yang popular dengan tagline 2 Minit 1 Resipi itu turut berkongsi rasa terharu dan terima kasih kepada pengikut yang meninggalkan kata-kata semangat buatnya.

"Terima kasih banyak kepada yang telah memberikan saya kata-kata semangat dan positif. Saya sangat hargai sokongan anda.

"Insya-Allah masa akan datang, saya akan lebih teliti dalam perkongsian

"Tapi matlamat utama tetaplah nak berkongsi sesuatu yang memudahkan orang. Bila dapat tahu ramai yang mendapat manfaat, rasa terharu sangat," tulisnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Wanita masak kuantiti banyak, 'random' ajak sesiapa saja datang berbuka depan rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ramai tiru idea jus tembikai tak campur air, peniaga asal berlapang dada - "Teruskan, tak perlu minta izin"

Terhangat