KUALI | Tip & Trik

Ramai letak daun pandan dalam kereta untuk halau lipas, betul ke berkesan?

Lead Image

DI Malaysia, bukan sesuatu yang aneh apabila kita lihat daun pandan digantung di cermin pandang belakang, diletak atas papan pemuka atau diselit di belakang visor kereta.

Ramai percaya kononnya, aroma daun yang sering digunakan dalam masakan ini juga boleh bertindak sebagai penghalau lipas kereta. Tapi sejauh mana kaedah ini berkesan?

Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa daun pandan memang mempunyai sifat menghalau lipas, tetapi faktanya lebih rumit daripada sekadar meletakkan beberapa helai daun di dalam kereta.

Ekstrak pandan membantu untuk menghalau lipas dari berhimpun dalam kereta.

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik Li J. dan Ho S.H. dari School of Biological Sciences di National University of Singapore (NUS) menilai tujuh sebatian dan pecahan yang disediakan daripada daun pandan dan mendapati bahawa sebatian tertentu dalam pandan sememangnya bersifat menghalau lipas.

Secara khususnya, 2-acetyl-1-pyrroline, pati pandan dan ekstrak heksana-pandan didapati menghalau lipas pada semua kepekatan yang diuji, dengan kadar keberkesanan antara 65 peratus hingga 93 peratus.

Kajian tersebut turut menyatakan bahawa daun pandan mengandungi tahap minyak pati yang rendah, termasuk 2-acetyl-1-pyrroline, styrene, linalool dan β-caryophyllene. 

Komponen utama yang memberikan sifat penghalau serangga ialah linalool.

MENARIK DIBACA: Bang Mat saran tanam nanas jika ada ruang kosong, tak perlu tunggu tanah luas

MENARIK DIBACA: [V] Rosyam Nor pernah ikat perut sebab susah, ‘makan untuk hidup’ jadi pegangan sampai sekarang

Namun begitu, terdapat satu perkara penting – kajian NUS yang sama mendapati bahawa tidak semua penyediaan pandan memberikan kesan yang sama.

Ekstrak aseton-pandan sebenarnya menarik perhatian lipas apabila kepekatannya ditingkatkan, dengan kadar tarikan minimum sebanyak 62 peratus.

Begitu juga ekstrak air mentah pandan yang tidak dicairkan menunjukkan kadar tarikan sebanyak 62 peratus.

Ini bermakna, bergantung kepada cara sebatian pandan diekstrak atau digunakan, ia mungkin 'mengundang' lipas dan bukannya menghalaunya.

Lebih baik guna penghalau lipas khusus tersedia dipasaran.

Kajian tersebut menyimpulkan bahawa walaupun daun pandan mempunyai potensi sebagai alat kawalan perosak semula jadi yang mesra alam, kepekatan yang diperlukan untuk benar-benar menghalau lipas adalah jauh lebih tinggi daripada sekadar meletakkan beberapa helai daun di dalam kereta.

Dengan kata lain, meletakkan daun pandan segar di dalam kereta tidak akan memberikan perlindungan yang boleh dipercayai daripada lipas.

Apabila daun tersebut kering dan semakin tua, kandungan minyak patinya semakin berkurangan, menjadikannya kurang berkesan.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa ekstrak daun pandan tidak seberkesan produk penghalau lipas komersial.

Kesimpulannya daun pandan memang mengandungi sebatian yang terbukti secara saintifik boleh menghalau lipas, jadi ia bukanlah sekadar mitos.

Selain masakan, daun lipas juga digunakan untuk menghalau lipas.

Jika benar-benar mahu menggunakan pandan untuk menghalau lipas, anda perlu menggunakan esen atau ekstrak pandan yang pekat, sentiasa menggantikan daun bagi mengekalkan keberkesanannya serta menggunakan jumlah daun yang banyak untuk mencapai kepekatan yang berkesan.

Untuk pencegahan lipas yang lebih praktikal di dalam kereta, adalah lebih baik anda pastikan kenderaan sentiasa bersih; elak makan di dalamnya; vakum secara berkala serta buang sisa makanan atau pembalut yang boleh menarik perosak; dan gunakan umpan lipas atau produk penghalau komersial di kawasan yang bermasalah.

Bagaimanapun, jika anda menyukai haruman pandan dan ia menjadikan perjalanan harian anda lebih menyenangkan, tiada salahnya meletakkan beberapa helai daun di dalam kereta. 

Cuma jangan bergantung kepadanya sebagai pertahanan utama terhadap lipas.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Gigi kuning mampu putih dengan bantuan 3 bahan dapur, bukan cuma bersih nafas pun lebih segar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ramai bertanya, wanita akhirnya 'spill' cara buat ayam buttermilk garing dan tak muak

Terhangat