KUALI | Trending

Wanita masak kuantiti banyak, 'random' ajak sesiapa saja datang berbuka depan rumah

Lead Image

DI bulan penuh berkat ini, ramai berlumba-lumba berkongsi rezeki sama ada dengan menyumbang makanan atau pemberian lain untuk orang terdekat atau golongan memerlukan.

Tapi cara ibu kepada seorang wanita dari Kemaman, Terengganu ini cukup luar biasa atau 'random' apabila dia bertindak menjemput sesiapa sahaja yang lalu di pondok wakaf berhadapan rumahnya untuk berbuka puasa.

Menerusi perkongsian wanita itu di Threads, dia berkata ibunya melakukannya secara spontan dengan memasak aneka lauk dan dihidangkan di hadapan rumah mereka. 

Gulai ikan antara masakan menyelerakan disediakan oleh ibu wanita berkenaan.

Antara yang dimasak ibunya termasuklah nasi putih, gulai daging, ayam sambal, ikan goreng, nasi dagang dan banyak lagi sebagai juadah berbuka untuk sesiapa saja yang lalu di rumahnya.

"Saya pula masak rendang daging, kacang goreng. Ada tambahan colek kaki ayam dengan colek perut, ulam ulaman dan sambal belacan. Kakak ipar pula sediakan sotong sambal. 

MENARIK DIBACA: Aiskrim santan lemak berkrim, terus segar tekak makan lepas berbuka

MENARIK DIBACA: Senang sangat! Tak sampai 10 minit ayam goreng kunyit siap, tambah telur mata dan kicap lagi sedap

"Tapi kenapa korang tak lalu depan rumah semalam (Isnin)? Hari ni (Selasa) tak tahulah menu apa," kongsinya lagi. 

Sebelum ini tular perkongsian wanita berkenaan tentang 'Benda random mak aku buat di bulan Ramadan ni' dengan bercerita sikap ibunya yang masak dalam kuatiti banyak lalu dibawa ke hadapan rumah untuk membolehkan orang sekeliling menikmati juadah itu.

Aneka lauk siap dihidang untuk disajikan kepada penduduk sekitar.

Menariknya, ibunya juga merancang menu secara harian dan bahan-bahan masakan dibeli menggunakan elaun perbelanjaan yang diberikan oleh bapa.

Tambahnya lagi, tahun-tahun sebelum ini ibunya akan menjemput tetamu makan di dalam rumah tetapi pada 2026 membuat perubahan dengan menjemput orang sekeliling secara rawak sekalu gus menjadikan momen berbuka lebih istimewa. 

Nasi lemak antara menu dihidangkan untuk tetamu yang lalu.

“Esok dia (ibu) dah plan nak masak nasi dagang dan nasi lemak sebab abah aku balik hari ni,” tulisnya. 

Menerusi ruangan komen, wanita itu berkata perkongsian tentang juadah berbuka percuma mendapat sambutan dalam kalangan jiran, juga remaja dari kampung lain. 

Wanita ini juga mendedahkan ibu mempunyai ramai anak angkat termasuklah kawan-kawannya dari zaman belajar.

Berhubung pemilihan menu, katanya, ia bergantung pada keadaan. 

"Lauk atas nasib, kadang ada menu nasi lauk singgang dengan budu je," dia berseloroh. 

Setiap juadah dimasak dengan penuh rasa.

Suasana berbuka di pondok tersebut bertambah meriah apabila ramai yang datang berbuka menyambung aktiviti lepak sampai ke malam.

Malah, tapak niaga adiknya yang menjual oden turut diserbu pengunjung. 

Perkongsian ini ternyata menarik perhatian warganet, terutama video menunjukkan remaja lelaki tidak dikenali turut serta makan bersama hanya 10 minit.

Sikap murni itu mengingatkan semua bahawa berbuka di bulan Ramadan bukan sahaja tentang makanan, tetapi tentang berkongsi kasih sayang sesama manusia.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Gerai 'sepi', pakcik ini tak henti sebut 'Alhamdulillah' jika jus terjual... Mengaku tumpang rezeki gerai sebelah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Fazley Yaakob pertahankan 'content creator' dikritik - "Tak suka tak payah tengok"

Terhangat