KUALI | Menu Selebriti

[V] Yusuf Bahrin kenang zaman nakal ponteng puasa... “Gigi depan saya patah gara-gara ayam goreng”

Lead Image

 

SETIAP orang pasti ada memori sukar untuk dilupakan tidak kira pahit atau manis setiap kali menyambut bulan Ramadan.

Begitu juga dengan pelakon, Yusuf Bahrin yang tersenyum sendirian apabila mengenangkan satu tragedi yang dianggap melucukan.

Kongsi Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, giginya pernah patah gara-gara seketul ayam goreng ketika ponteng puasa.

Gara-gara ponteng puasa, Yusuf kehilangan gigi kerana patah ketika sedang menjamah ayam goreng.

"Kalau cakap tentang pengalaman berpuasa, saya paling tidak boleh lupa kisah gigi saya patah gara-gara ayam goreng.

"Kejadian itu berlaku semasa saya ponteng puasa ketika berusia sekitar 15 tahun (tingkatan tiga).

"Tengah sedap gigit ayam goreng, tiba-tiba gigi depan saya patah. Allah terus bayar cash sebab ponteng puasa," kongsi penggemar ayam golek itu.

MENARIK DIBACA: [V] Erysha Emyra tak pandai masak sajian Melayu, lebih suka hidangan barat dan Jepun

MENARIK DIBACA: Kombinasi 3 rasa sempurnakan keenakan udang masak masam manis, pedas

Tambah pelakon berusia 33 tahun itu lagi, disebabkan kejadian itu, dia kehilangan sebatang gigi hadapan.

"Gara-gara kejadian itu, saya terpaksa 'berlakon' depan keluarga sebab takut kantoi.

"Cepat Tuhan balas, sebab itu jangan buat jahat," kata Yusuf ketawa.

Berkongsi tentang menu yang selalu diambil ketika di bulan Ramadan, suami kepada penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana itu hanya mengambil roti dan kurma ketika bersahur.

Yusuf Bahrin tidak berapa gemar ke bazar Ramadan kerana tidak suka tersangkut dalam kesesakan.

"Untuk bersahur, setiap hari saya cuma ambil roti yamg disapu mentega kacang bersama tiga biji kurma dan satu liter air mineral.

"Saya tidak boleh makan terlalu berat seperti nasi pada awal pagi sebab akan mudah sakit perut.

"Begitu juga ketika berbuka apabila saya akan ambil beberapa potong kuih, kurma dan air mineral," kata penggemar onde-onde dan tepung pelita itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Menu Selebriti

[V] Rizal Rasid rindu popia goreng Brunei, ‘jatuh cinta’ keunikan rasa satar Malaysia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Erysha Emyra tak pandai masak sajian Melayu, lebih suka hidangan barat dan Jepun

play

Terhangat