info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

[V] Dari kejadian tak disengajakan 30 tahun lalu, kafe ini jual kopi termahal di dunia RM2,475 secawan

Lead Image

SANGGUP tak anda berbelanja sehingga 100,000 yen (RM2,475) semata-mata untuk menikmati secawan kecil kopi pekat yang dijual di sebuah kedai kopi di kawasan terpencil?

Mungkin bagi penggemar kopi tegar yang mahukan kelainan, harga sebegitu tidaklah seberapa berbanding pengalaman dan nikmat yang dirasai ketika berkunjung ke Jepun.

Terletak di perkampungan di Yao di Osaka, kedai kopi istimewa dan unik ini dikenali sebagai The Munch.

Di sana, terdapat sekitar 100 jenis kopi dijual dan salah satunya adalah kopi 'tua' yang diberi nama Barrel-Aged Coffee.

Proses penyaringan untuk secawan kecil kopi mengambil masa sehingga empat jam. Foto - THE JAPAN NEWS

Uniknya, Barrel-Aged Coffee merupakan kopi yang diperam di dalam tong selama 26 hingga 29 tahun pada suhu sekitar -3 darjah Celsius, menjadikan minuman itu penuh dengan aroma dan mempunyai kepekatan tersendiri.

Memetik laporan The Japan News, kedai kopi tersebut adalah milik lelaki warga emas bernama Tanaka-san yang kini telah berusia 80 tahun.

Kongsinya, kisah di sebalik kopi 'tua' itu bermula dari satu kejadian yang tidak disengajakan sekitar 30 tahun lalu.

Pengunjung juga boleh menikmati rasa satu sudu besar kopi Barrel-Aged Coffee pada harga sekitar 2,000 yen (RM49.51) hingga 2,200 yen (RM8692.20). Foto - TRIPADVISOR

"Awalnya saya menyimpan lebihan kopi ais di dalam peti sejuk dan terlupa mengenainya selama enam bulan.

"Apabila menyedari ada kopi yang telah beku tersimpan dalam peti sejuk, saya ingin membuangnya tetapi rasa sayang kerana membazir.

"Lalu saya membiarkan ia cair dan minum seteguk. Rasanya tidak basi, malah menjadi lebih manis dengan tekstur pekat seperti sirap," ujarnya.

MENARIK DIBACA: Tak ramai tahu kulit buah salak rupanya boleh dijadikan penawar sakit diabetes, sembelit

MENARIK DIBACA: Louis Vuitton kolaborasi dengan cef terbaik keluarkan sapuan coklat premium, botol kosong pun laku keras!

Penemuan tersebut sekali gus memberi inspirasi kepadanya untuk mengkaji teknik memeram (aging) kopi secara serius.

Selain faktor usia kopi itu sendiri mempengaruhi harganya, teknik ekstraksi atau 'nel drip' yang sangat perlahan ketika dibancuh turut menjadi alasan nilainya mampu mencecah sehingga ribuan ringgit untuk secawan kecil kopi.

Bayangkan, untuk mendapatkan secawan kecil kopi, Tanaka-san menggunakan kira-kira 150 gram biji kopi yang dikisar sangat halus.

Sebagai perbandingan, secawan kopi biasa hanya menggunakan sekitar 10 hingga 18 gram biji kopi.

Tanaka-san memulakan bisnes kedai kopi The Munch pada tahun 1981. Foto - THE JAPAN NEWS

Semasa proses 'nel drip' dibuat menggunakan penapis kain, titisan kopi pertama sahaja memerlukan masa selama 30 minit. 

Secara keseluruhan, proses penuh untuk menyiapkan satu cawan kopi boleh memakan masa sehingga empat jam!

Maka, tidak hairanlah jika kopi Barrel-Aged Coffee ini dianggap antara kopi paling mahal di dunia dengan harga RM2,475 secawan.

Bagi pelanggan yang ingin merasai kopi tersebut tanpa membayar harga penuh, mereka boleh membeli satu sudu besar kopi dengan harga sekitar 2,000 yen (RM49.51).

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pelancong Indonesia pelik saiz ayam Malaysia terlalu besar - "Jenis apa sebenarnya?"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala

Terhangat