KUALI | Viral

Louis Vuitton kolaborasi dengan cef terbaik keluarkan sapuan coklat premium, botol kosong pun laku keras!

Lead Image

RUMAH fesyen mewah Louis Vuitton (LV) yang terkenal dengan koleksi pakaian, beg tangan dan kasut mengeluarkan produk edisi terhad mereka iaitu sapuan coklat hazelnut (chocolate spread) dengan tiga varian rasa istimewa.

Memetik laporan dI laman Instagram Luxury, produk tersebut merupakan hasil kolaborasi dengan cef pastri terkenal, Maxime Frédéric yang juga pengendali kepada butik coklat, Le Chocolat Maxime Frédéric at Louis Vuitton.

Bagi menghasilkan sapuan coklat dengan cita rasa mewah itu, Frédéric menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti tinggi seperti kacang hazel dari Perancis, vanila dari kepulauan Réunion dan susu dari Peru.

Sapuan coklat mewah oleh Louis Vuitton dihasilkan oleh Cef Pastri Terbaik 2025, Maxime Frédéric.

Bagaimanapun, sapuan coklat dengan tiga varian rasa iaitu vanila, coklat and 'crunchy' itu hanya dijual secara eksklufif di beberapa butik terpilih di seluruh dunia sahaja seperti di Paris, Singapura, New York dan London.

Walaupun dikeluarkan oleh sebuah jenama mewah terkenal, harga untuk sapuan coklat yang dijual cuma €35 (kira-kira RM162.46) sebotol dengan berat 330 gram.

Disebabkan stoknya sangat terhad dan eksklusif, ramai pembeli menjual semula (resell) di platform seperti eBay atau Carousell dengan harga mencecah RM450 sehingga ke ribuan ringgit.

MENARIK DIBACA: Buang ketuat guna getah betik dikatakan berkesan, ketahui dulu risikonya sebelum cuba

MENARIK DIBACA: Jangan tertipu! Sebelum beli belajar dulu cara bezakan sos tiram, sos perisa tiram

Malah, terdapat pengumpul barangan istimewa sanggup menawarkan harga sehingga AS$2,000 (RM7,904) untuk membeli botol kosong sapuan coklat eksklusif itu sebagai koleksi berharga mereka.

Sebelum ini, Frédéric yang juga penerima anugerah Cef Pastri Terbaik 2025 pernah menghasilkan beberapa produk berasaskan coklat, gabungan antara fesyen dan kraf tangan.

Setiap coklat direka dengan mengambil inspirasi daripada kod rekaan ikonik Louis Vuitton antaranya seperti Vivienne on Malle iaitu arca coklat berbentuk maskot Louis Vuitton, Petula iaitu coklat berbentuk singa kecil yang diisi dengan kacang hazel serta Monogram Tablet, iaitu bar coklat yang diukir dengan corak monogram ikonik LV.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ofis buat makan-makan, wanita sedih jadi orang terakhir disuruh bawa balik makanan tak 'laku'

Terhangat