KUALI | Petua

Buang ketuat guna getah betik dikatakan berkesan, ketahui dulu risikonya sebelum cuba

Lead Image

KETUAT atau kutil merupakan ketumbuhan kecil pada permukaan kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Human Papillomavirus (HPV).

Lazimnya ketumbuhan dengan tekstur kasar ini tumbuh pada kaki, tangan dan bahagian badan lain.

Walaupun tidak berbahaya, namun ia boleh berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit.

Selain menyapu ubat khusus yang diperolehi dari klinik atau farmasi, terdapat petua dikatakan berkesan membuang kutil atau ketuat ini secara semula jadi dengan menggunakan getah betik muda.

Getah betik mengandungi enzim papain yang bersifat proteolitik (memecahkan protein) dan asidik yang dipercayai dapat mengikis lapisan kulit kutil secara perlahan-lahan.

Getah betuik muda mengandungi enzim papain yang bersifat proteolitik yang dapat membantu mengikis kutil atau ketuat.

Berikut adalah langkah untuk menanggalkan kutil atau ketuat menggunakan getah betik muda:

  1. Ambil getah terus dari pelepah atau buah betik muda yang masih di pokok.
  2. Titiskan atau sapu getah tersebut tepat pada kutil. Pastikan getah tidak terkena kulit sihat di sekelilingnya untuk mengelakkan iritasi.
  3. Biarkan getah kering dengan sendiri. Ulangi proses ini beberapa kali sehari sehingga kutil mengecut atau tertanggal dengan sendirinya
  4. Terdapat sesetengah petua mencadangkan agar getah betik dicampur dengan sedikit kapur sirih untuk kesan yang lebih kuat.

MENARIK DIBACA: 7 jenis buah ini perlu dimakan pada waktu sesuai, khasiat terjejas jika main 'langgar'

MENARIK DIBACA: Kisah hidup terbongkar gara-gara motosikal rosak, ramai nak serbu kedai seafood tempat lelaki ini bekerja

Amaran keselamatan:

  • Walaupun petua ini diamalkan secara turun-temurun, namun anda perlu berhati-hati kerana getah betik bersifat asidik dan boleh menyebabkan kulit melepuh, terutama bagi kulit sensitif.
  • Pakar perubatan turut menasihatkan agar tidak menyapu getah betik sembarangan kerana risiko kerosakan kulit yang teruk.
  • Individu yang mempunyai masalah kutil atau ketuat disarankan untuk mendapatkan ubat khusus di farmasi atau klinik kerana penggunaannya lebih selamat dan terkawal.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Batuk tak baik-baik, siap gatal tekak... Cuba petua minum air sarsi dengan aiskrim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Beli kuali baharu, mahal atau murah jangan terus guna! Ikut tip ini elak masakan melekat

Terhangat