KUALI | Petua

Beli kuali baharu, mahal atau murah jangan terus guna! Ikut tip ini elak masakan melekat

Lead Image

PERNAH tak anda berdepan situasi makanan yang dimasak melekat pada kuali atau periuk?

Memang sakit hati dibuatnya walaupun perkakas yang digunakan itu dikatakan bersifat anti lekat. 

Harganya pula bukan murah, malah ada mencecah sehingga beratus-ratus ringgit.

Didihkan air dalam kuali baharu dan biarkan sehingga sejuk.

Tapi masakan di dalamnya tetap melekat malah kes lebih teruk lagi sehingga jadi hancur!

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads dikenali sebagai justcallmeadzhar, lelaki itu berkongsi tip untuk mengelak masalah tersebut berlaku sama ada menggunakan alatan mahal atau murah.

Katanya, dia telah diajar tentang tip tersebut daripada seorang 'uncle' berbangsa Cina. Malah caranya sangat mudah dan berkesan.

Beberapa netizen turut berkongsi pernah melakukan tip serupa.

"Dapat tip ini daripada seorang Chinese uncle. Kalau beli kuali atau periuk, wajib rebus (didihkan) air dulu (dalam periuk atau kuali tersebut) sebelum digunakan.

"Selepas itu biarkan sehingga sejuk dan buang air (yang dididihkan tadi).

"Kemudian sapu minyak masak (di permukaan kuali atau periuk) lalu biarkan semalaman supaya tidak melekat," tulisnya.

MENARIK DIBACA: 10 sayur mudah tanam di ruang kecil, cepat dapat hasil... Di apartment pun boleh berkebun!

MENARIK DIBACA: Bekas pesakit kanser tegur kesilapan staf kafe panaskan makanan dalam 'microwave', kecewa respons diterima

Perkongsiannya turut mendapat perhatian pengguna lain yang memberitahu turut melakukan tip serupa untuk mengelak kuali yang baru dibeli melekat ketika digunakan.

"Saya pun buat cara yang sama. Pertama rebus (permukaan kuali) dengan air garam dan buang air selepas sejuk.

"Kemudian sapu minyak masak pada permukaan kuali lalu panaskan dan biarkan seketika.

"Selepas itu cuba goreng telur untuk lihat hasilnya selain untuk pastikan kuali atau periuk telah bebas daripada bahan kimia," katanya.

Masakan tidak akan melekat walaupun tidak menggunakan kuali anti lekat.

Seorang lagi pengguna juga memberitahu melakukan cara serupa namun dengan menggunakan cuka.

"Letak cuka dalam air dan rebus air tu sampai mendidih.

"Selepas itu cuci dan guna seperti biasa," ajarnya.

Petua yang diajarkan itu sebenarnya dikenali sebagai proses 'season' atau bakar kuali dengan minyak sebelum penggunaan pertama.

Tujuannya adalah untuk membentuk lapisan pelindung supaya kuali tidak melekat ketika digunakan terutama semasa proses menggoreng.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Buang ketuat guna getah betik dikatakan berkesan, ketahui dulu risikonya sebelum cuba

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Buat sendiri kolagen guna tulang ikan, kaki ayam! Sumber tak diragui, kos murah

Terhangat