KUALI | Viral

Bekas pesakit kanser tegur kesilapan staf kafe panaskan makanan dalam 'microwave', kecewa respons diterima

Lead Image

PLASTIK mengandungi unsur kimia berbahaya dan akan terlerai jika terkena suhu panas, sekali gus boleh membahayakan kesihatan.

Begitu juga bekas makanan yang diperbuat daripada plastik, dengan produk tertentu sahaja selamat untuk digunakan termasuklah jika dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).

Memasak atau memanaskan makanan dalam 'microwave' menggunakan bekas plastik biasa boleh memicu pembebasan bahan kimia yang berisiko mengakibatkan masalah kesihatan kronik seperti kanser dan tindakan tersebut perlu segera dihentikan.

Bekas plastik yang dipanaskan dalam microwave boleh mengeluarkan kimia dan meresap ke dalam makanan.

Di Singapura, seorang wanita bekas pejuang kanser bertindak menegur seorang pekerja di sebuah kafe yang dilihat menggunakan bekas plastik biasa untuk memanaskan makanan dalam 'microwave'.

Memetik laporan mothershipsg, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu telah membeli kek dan aiskrim di sebuah kafe.

Dakwanya, dia telah melihat pekerja tersebut menggunakan bekas plastik biasa (non-microwave) untuk memanaskan pesanannya di dalam ketuhar.

Sebagai permohonan maaf, pelanggan tersebut hanya diberikan sepotong kek. -Gambar AI

"Saya memesan pencuci mulut iaitu Cuppa Lava Cake berharga S$7 (RM21.76) di Chocolate Origin dan melihat pekerjanya menggunakan bekas plastik biasa.

"Apa yang membuatkan saya kesal pekerja tersebut telah memasukkan bekas plastik itu ke dalam 'microwave' untuk dipanaskan.

"Saya telah bertanya kepada pekerja terbabit sama ada bekas plastik yang digunakan itu selamat untuk digunakan dalam 'microwave', da pekerja tersebut berkata ia selamat," ujarnya.

MENARIK DIBACA: Cara buat donat lembut, gebu macam kapas... Tak perlu uli doh, tak guna telur

MENARIK DIBACA: Perut tak selesa, rasa kembung dan berangin… Ini beberapa makanan perlu dielakkan

Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, pelanggan itu memeriksan sendiri bekas plastik yang digunakan dan ternyata tidak terdapat sebarang label atau tanda bahawa ia boleh digunakan dalam 'microwave'.

Bagi mendapatkan kepastian lebih tepat, menghubungi cawangan lain kafe tersebut dan dimaklumkan bahawa bekas plastik itu tidak selamat untuk dipanaskan dalam 'microwave'.

"Saya sangat kecewa dengan perkara ini kerana apabila saya membuat aduan, mereka menafikan apa yang berlaku.

"Lebih kesal Chocolate Origin hanya menawarkan sepotong kek kepada saya sebagai tanda meminta maaf.

"Sejujurnya sangat terkesan dan berharap kejadian sebegini ditangani terutama dari segi aspek keselamatan dan kesihatan," ujarnya.

Lebih kesal Chocolate Origin hanya menawarkan sepotong kek kepada saya sebagai tanda meminta maaf 

pelanggan

Sementara itu, National Cancer Centre Singapore dalam satu kenyataan memberitau, bekas makanan plastik tanpa label selamat memang tidak boleh digunakan untuk tujuan pemanasan dalam 'microwave.

Menurut kenyataan itu, bekas plastik tanpa label selamat bukan sahaja boleh menjadi cair ketika terkena haba, malah boleh membebaskan kimia berbahaya untuk kesihatan, sekali gus berisiko mengakibatkan kanser. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pinggan mangkuk kubis 'strawberry matcha' jadi kegilaan... Estetik, geram tengok!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Takoyaki ori di rumah influencer Jepun jadi perhatian, 'lari' versi Malaysia! Proses 'pusing tepung' pun lain

Terhangat