Pinggan mangkuk kubis 'strawberry matcha' jadi kegilaan... Estetik, geram tengok!
MASIH ingatkah anda dengan pinggan mangkuk penuh corak bunga bewarna-warni yang cukup disukai ibu kita dahulu?
Bagaimanapun kini, corak sebegitu semakin ditinggalkan kerana dianggap terlalu sarat dan ‘serabut’ di mata generasi baharu.
Sebaliknya, corak minimalis mula mengambil alih tempat di hati anak-anak muda.

Mana tidaknya, konsep ringkas, kemas dan ‘clean look’ menjadi pilihan utama, termasuk dalam pemilihan perkakas dapur.
Warna-warna neutral seperti hitam, putih, kelabu dan coklat pula dilihat lebih ‘selamat’ dan mudah dipadankan.
Terbaharu, trend menggunakan set pinggan mangkuk berbentuk sayur kubis kini semakin mencuri perhatian ramai.
MENARIK DIBACA: Estetik tapi berisiko, ada bahaya menanti guna mangkuk kayu dalam microwave
MENARIK DIBACA: Rumah terbuka Noor Nabila 'next level'! Pinggan plastik, sudu 'emas' beli dari luar negara
Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, pinggan mangkuk dengan rekaan unik ini bukan sahaja cantik dipandang, malah mampu menaikkan seri dapur secara keseluruhan.
“Pinggan bukan sekadar pinggan… ia sebahagian vibe dapur.
“Set kubis ni memang bagi 'aesthetic' yang lain macam. Letak lauk biasa pun terus nampak mahal,” katanya.
Tinjauan Kuali juga mendapati semakin ramai warganet mula mencari set pinggan mangkuk ini, sama ada di kedai fizikal mahupun platform dalam talian.

Apa yang menarik, bukan hanya bentuknya yang menjadi kegilaan, tetapi juga pilihan warna yang ditawarkan iaitu gabungan hijau dan merah jambu.
Lebih-lebih lagi apabila kombinasi warna tersebut selari dengan trend warna Gen Z yang sedang popular ketika ini iaitu ‘strawberry matcha’ yang menampilkan gabungan warna lembut dan estetik.
Apa kata anda pula, pinggan mangkuk kubis ini kena atau tidak dengan citarasa?