KUALI | Viral

Ramai terhibur lihat lelaki 'angkuh' minum Americano tanpa gula, rasa diri cukup matang

Lead Image

KOPI bukan lagi sekadar minuman untuk beri tenaga atau hilangkan rasa mengantuk, sebaliknya kini sudah membentuk satu ‘budaya’ dalam kalangan penggemarnya.

Bukan setakat minum setiap hari, mereka juga berani mencuba pelbagai jenis minuman kopi dan cukup arif mengenai perbezaan rasa antara setiap pilihan yang ada.

Di laman Threads tular kisah seorang lelaki yang berseloroh dengan mengakui dirinya kini semakin ‘sombong’ selepas mula minum Americano tanpa gula,

Perkongsian tersebut mencuit hati ramai netizen.

“Sejak aku minum Americano 'no sugar' ni, aku semakin memandang rendah kepada orang lain,” katanya, bergurau.

Bagi yang tidak tahu, Americano merupakan minuman kopi yang dihasilkan daripada espresso dicampur air panas dengan pilihan meletakkan gula atau tidak.

Rasanya yang pahit, ringan dan ringkas jelas berbeza dengan espresso dicampur susu (latte) yang lebih berlemak dan sedikit manis.

MENARIK DIBACA: Mudah je buat kopi ais ala Rembayung, nikmat sukar diungkap dengan kata-kata

MENARIK DIBACA: Membanggakan! Dua kedai kopi Malaysia masuk 'ranking' World's 100 Best Coffee Shops

Walaupun kenyataan tersebut hanyalah gurauan, ia ternyata mencuit hati ramai wargamaya yang turut berkongsi pandangan masing-masing di ruangan komen.

Ada yang bersetuju bahawa trend minum kopi hitam tanpa gula sering dikaitkan dengan tahap kematangan seseorang.

Malah, segelintir netizen turut mengaitkan pilihan minuman yang lebih ‘simple’ itu sebagai simbol status sosial dan kewangan yang lebih stabil.

Komen netizen di media sosial.

“Sign (tanda) semakin strong (kukuh), semakin matang, semakin bijak. Nak memandang tu pun dah tak ada rasa, macam malas nak ambil port pasal orang lain.

“Sebagai barista, apa saya boleh cakap… welcome to adulthood, atau lebih sesuai ‘tua-hood’.”

“Kalau orang tanya apa titik tertinggi aku, aku jawab minum Americano 'no sugar' dengan muka dongak langit,” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pinggan mangkuk kubis 'strawberry matcha' jadi kegilaan... Estetik, geram tengok!

Terhangat