KUALI | Minuman

Mudah je buat kopi ais ala Rembayung, nikmat sukar diungkap dengan kata-kata

Lead Image

WALAUPUN minuman ini pernah tular sebelum ini dan menjadi sebutan ramai selepas dijual oleh Khairul Aming di Rembayung, ia tetap menjadi pilihan ramai sehingga kini.

Diinspirasikan daripada kopi Vietnam yang kaya dengan rasa lemak dan aroma memikat, ramai yang telah mencubanya memberikan ulasan positif dan mengakui rasanya memang sedap.

Kopi sejuk yang dikisar bersama santan ini memang sesuai dinikmati lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Gabungan rasa lemak susu dengan kopi yang harum menghasilkan minuman yang menyegarkan dan enak diminum pada bila-bila masa.

Tak sangka juga ramuan untuk membuat air kopi ini juga mudah.

Jom Kuali tunjukkan cara buat air kopi santan Vietnam ala di Rembayung.

Bahan-bahan:

  • Santan kotak
  • Susu pekat
  • Garam
  • Serbuk kopi
  • Ais batu
  • Garam

MENARIK DIBACA: Dah tekan kuat, pintu peti sejuk masih tak rapat? Cuba trik ini agar getahnya kembali berfungsi

MENARIK DIBACA: "Kenapa keluarga si mati kena sedia makanan?" - Pendakwah ulas amalan waris rai tetamu ziarah kematian

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ais batu ke dalam mesin pengisar.
  2. Tambahkan sedikit santan kotak, susu pekat dan secubit garam halus kemudian kisar sehingga halus.
  3. Sediakan gelas masukkan ais batu dan tuangkan campuran kisaran tadi.
  4. Dalam bekas berasingan, bancuh serbuk kopi kemudian tuangkan ke dalam gelas tersebut. 
  5. Akhir sekali, tuang sedikit lagi di bahagian atas sebagai lapisan, dan minuman sedia untuk dinikmati.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Viral di Mexico, minuman probiotik tepache makin popular... Ramai buat sendiri sebab mudah!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Nikmat dapat minum 'coconut shake' ala Klebang, mudah je nak buat

Terhangat