Viral di Mexico, minuman probiotik tepache makin popular... Ramai buat sendiri sebab mudah!
KEBIASAANNYA, kulit nanas hanya dibuang begitu sahaja dengan bahagian isinya sahaja diambil.
Bagaimanapun selepas mengetahui ia mempunyai kegunaan, anda mungkin akan berfikir semula sebelum membuangnya.
Ini kerana terdapat satu minuman tradisional dari Mexico yang semakin tular, dibuat hanya menggunakan kulit nanas tapi hasilnya menyerupai minuman berkarbonat seperti soda berbuih.
Minuman ini dikenali sebagai tepache dan ramai sudah mula jatuh cinta kerana cara penyediaannya yang mudah, bahan murah serta rasanya menyegarkan.
Salah satu sebab tepache popular ialah kerana ia dikatakan mengandungi probiotik semula jadi di mana mikroorganisma baik yang terhasil daripada proses fermentasi.

Probiotik ini sering dikaitkan dengan manfaat membantu keseimbangan bakteria dalam usus, melancarkan proses pencernaan dan mengurangkan masalah kembung bagi sesetengah individu.
Berbanding minuman berkarbonat komersil yang tinggi gula dan bahan tambahan, tepache sering dianggap pilihan yang lebih natural kerana menggunakan bahan semula jadi, tiada gas tambahan dan kandungan gula boleh dikawal sendiri.
Namun, ia tetap mengandungi gula daripada gula melaka atau gula perang, jadi pengambilan masih perlu berpada-pada.
Ini Kuali kongsikan cara buat mengikut perkongsian seorang wanita di laman Threads;
MENARIK DIBACA: Gulai ikan Kedah dipuji sedap, tak sama negeri lain... Orang utara dedah rempah rahsia, cara masak
MENARIK DIBACA: Chikuro cheese leleh jadi kegilaan! Ini cara buat sendiri... Tak payah beratur panjang, lebih jimat
- Basuh kulit nenas di bawah air mengalir
- Sejukkan air masak (jangan guna air panas)
- Campur kulit nanas, gula melaka, kayu manis dan bunga cengkih dalam bekas.
- Tuang air yang sudah sejuk
- Tutup dan peram 2 hari
- Tapis dan minum dengan ais