Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"
DALAM dunia penjagaan diri, masyarakat sudah terbiasa dengan deodoran pelbagai haruman seperti lavender, mawar dan citrus yang segar dan menenangkan.
Bau-bauan ini lazimnya dikaitkan dengan kesegaran dan keyakinan diri dalam kehidupan seharian.
Bagaimanapun deodoran dengan aroma nuget ayam (chicken nugget) tiba-tiba tular di media sosial, sekali gus mencuri perhatian ramai kerana dianggap pelik.
Produk berkenaan mempunyai aroma mirip makanan segera, berbeza daripada deodoran biasa yang sinonim dengan bauan segar, floral atau herba.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai pengguna media sosial terkejut dan menganggap ia hanyalah gurauan atau suntingan internet semata-mata.
Bagaimanapun, seorang individu berkongsi mengenai produk tersebut seolah-olah ia benar-benar wujud dan dijual di pasaran.

Dia menceritakan pengalamannya mendakwa menemui produk itu secara tidak sengaja ketika berada di sebuah kedai.
"Saya hanya berjalan di sebuah kedai biasa, tiba-tiba ternampak satu deodoran berlabel ‘Chicken Nugget Scent’. Pada mulanya saya ingat tersalah baca tetapi rupanya memang betul,” kongsinya.
Individu itu turut menyatakan bahawa pembungkusan produk tersebut kelihatan biasa seperti deodoran lain di pasaran, namun apa yang mengejutkan aromanya.
MENARIK DIBACA: Pembeli terkedu kena scam bihun sup, sampai tak tahu nak gambarkan rasanya
MENARIK DIBACA: [V] Umur 20-an dah jadi bos, ada kafe sendiri... Gadis ini cekap bahagi masa antara bisnes, kuliah
"Ia membuatkan kita tertanya-tanya siapa yang mencipta idea seperti ini dan kenapa?. Adakah sekadar untuk menarik perhatian atau memang ada orang yang benar-benar membelinya? Kalau ia sudah dijual di pasaran mesti ada orang yang menggunakannya dan jujur saya sendiri tak pasti sama ada ini pemasaran yang genius atau memang terlalu pelik.
"Apa-apa pun, ia memang berkesan. Sekali tengok memang tak masuk akal!," kongsi individu tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dan dalam masa sama terkejut dengan kewujudan produk berkenaan.
"Malangnya, ada sesetengah orang memang berbau seperti ni walaupun tak menggunakan produk ini.
"Ada orang akan bau ayam sepanjang hari?
"Saya tak mahu ketiak berbau ayam!
"Lebih jimat duit dan jangan mandi," antara komen netizen.