Pembeli terkedu kena scam bihun sup, sampai tak tahu nak gambarkan rasanya
SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli bihun sup ayam dari sebuah gerai bergerak, mendakwa hidangan diterima amat mengejutkan.
Menerusi perkongsian di laman Threads, wanita berkenaan mengkritik dan mempersoalkan kualiti makanan yang dibeli.
"Meniaga macam g**p**g la eh, aku beli bihun sup ayam. Ayam meninggal ke?" tulisnya, geram.
Menurutnya lagi, rasa sup tersebut sukar digambarkan kerana terlalu ‘kosong’ dan tidak berperisa.
"Tak sedap pula tu... tak tahu nak gambarkan rasa dia, tak tawar rasa macam sup sayur yang tak sedap," luahnya lagi.

Wanita itu mendakwa bihun sup itu dibeli di sebuah gerai van bergerak dan dia berhasrat untuk meminta semula refund sebanyak RM11.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata terkejut melihat video berdurasi 30 saat yang memaparkan bihun putih ibarat direndam dalam air panas.
MENARIK DIBACA:[V] Sajian 'breakfast', lauk pauk tengah hari semua sedap... Tak rugi 'berkampung' di Tingkap Bangsar
MENARIK DIBACA:[V] Yong tau fu 'legend' tengah KL sedap macam 40 tahun dulu! Penuh pinggan, harga tak 'menekan'
"Astagfirullah, kepada penjual-penjual kami pengguna faham bahan mentah mahal, semua naik harga tapi ni dah masuk tahap menipu, mencuri duit pelanggan. Kalau apa pun takut dan malulah dengan Allah. Nanti Dia akan soal semua ni dan masa tu kita tak boleh kelentong dah.

"First tengok video ni macam rendam bihun dalam air je, sekali baca kapsyen tu noh. Saya faham awak sis, kita pun pernah beli bihun sup daging tapi dagingnya hilang, lagi-lagi waktu tu mengandung memang menangis terus. Dah la tak sedap adoi, macam mana orang boleh meniaga macam ni? Kalau pembeli tak puas hati sampai maki-maki rasa berkat ke duit yang dia dapat tu?
"Dah macam makan bihun Pama, lagi sedap tengok bihun Pama dari yang ni," antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen cuba memberi pandangan positif menyatakan kemungkinan berlaku kesilapan ketika penyediaan makanan.
"Dia mungkin terlupa nak letak ayam tu kot sebab ada kedai, lepas masak dia memang keluarkan ayam dari sup dulu tapi kuah tetap dibiarkan atas api supaya sentiasa panas. Tujuannya nak elakkan ayam jadi terlebih masak," kongsi salah seorang warganet.